Thursday, December 23, 2010

Kembali bersiaran

Assalamualaikum,

wahh lama giler aku tak letak entry baru, cerita ceriti nya banyak cuma, aku rasa mmg sejak azali aku ni malas nak menulis hehehehe.

selalu je aku blog walking kat blog org lain, tp blog aku terabai. Aku suka "menyinggah" blog2 orang ye la, byk ilmu gak aku dapat, ilmu memasak, ilmu kerenah anak2, cerita2 am.

sejak last update aku tu actually byk je bende nak cerita, aku masih ade "hutang" nak letak kat blog aku ni pasal majlis penyampaian hadiah abg dan adik (apppaa raaa, dah nak start sekolah balik dah hahhahahahha), percutian kitaorg sekeluarga ke Terengganu, kisah sedih berlaku kat Terengganu (bkn pasal aku, tp budak lemas, sedih sgt), kisah anak2 aku bersunat, kisah tgk wayang, aduuh byk bende nak letak kat sini. yela, in future leh aku dan anak2 imbas balik hal diorg kecik2 kan. camna la aku nak dapat rajin cam blogger lain. seronok je aku baca blog diorg.

aku mmg nak letak link2 blog yang wajib aku baca tapi akku kan tak pandai lagi hal2 layout blog ni, bila la nak pandai, kena cari guru. buku beli dah, baca tak sempat (alasaaaannnn :D )

meh aku letak gak la kat sini, blog2 yg aku baca wajib

(1) blog ana suzana
(2) green apple
(3) zalia
(4) rima rashidi
(5) lemongrass

ni antara blog2 yg menceriakan pagi aku, ade banyak lagi dlm list aku . hihihi kau bayangkan betapa aku suka membaca ahakkss. kalau ade yg nak tolong ajar aku create link blog lain, amat la dihargai. hihihi

oh, aku juga ade cite pasal tempahan kek, sungguh tak sangka, ni tadi kawan tu call nak repeat order, aku berdebar je, masa die msg kat gtalk, kot2 la nak komplen, sbb aku berdebar2 gila masa anta kek tu kat rumah die.

alamak, budak procurement baru call kata buku yg aku baru setelkan tu dah comeback from printer utk check. aduhh bosannn, baru nak merewang2. baru nak selak2 gambar kat dlm simpanan aku ni

adios, harap2 la aku rajin nak tulis next entry. tapi mestikan sbb byk cerita tertunda

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum,

Salam Maal HIjrah buat semua umat Islam tak kira dimana berada. semuga di tahun baru ni kita akan berazam untuk memperbaiki diri, ibadah dan juga hubungan sesama manusia.
Semuga kita sentiasa menuju kerah kebaikan, kesejahteraan dan kebaikan dunia akhirat.

arini takde aktiviti apa2 sangat, masak pun yg paling senang. buatkan bebudak tu sup tulang, goreng ayam sikit (cuba2 mkn ayam sikit) dan terung sambal. simple sbbnya aku tak sihat arini. dah la semlm bbudak demam, arini lak badan aku rasa sgt semacam, sejuk je.

tapi sempat lagi aku tanam2 keledek ngan tabur benih sayur kat vege patch, tak sabar nak tgk die tumbuh :D

La ni DH n kids tgh tengok bola kat TV1, Malaysia vs Laos, setakat ni 1-1 abg skrg ni minat sgt tgk bola, aku, malas nak join, so blog walking je la aku.

okay, selamat malam semua!

Saturday, December 4, 2010

tetamu dari Penang

Abang chik dan keluarga dari Penang datang tadi. Abg chik ni abg aku kedua, tp anak no. 4 dlm family. duk Penang, mmg dr bujang dah keje kat Penang.

so mmg macam lipas kudung aku masak tengahari tadi. pagi tadi gak bawak bbudak ni gi clinic, bukak clamp tu. aaahhhh, lega, tapi still kena jaga bbtul dan pantang makan, sampai anu tu betul2 kering dan baik. leceh jugak clamp ni ek.

okay, pasal abng chik tu, la ni diorg baru je keluar jalan2 gi kl. die dtg ngan mak pak mertua dan ipar die. ye la, sekali sekala dtg sini, jalan2 la kan. kalau belah family aku, bukan jenis yg berjalan sgt, diorg suka je melepak sampai borak2. tapi kalau anak2 aku sihat mau gak aku ikut sekali, aku mmg suka berjalan, cuma DH je kureng sikit. tapi rasa bersalah jugak tak dpt ikut abg chik n rombongannye. harap2 die tak sesat. mlm nnt diorg plan nak gi I-city. mmg energetic betul diorg ni hehehhehe

bagus gak diorg gi jenjalan gak, dpt la aku sapau2 rumah, kemas2 balik. kang malam, diorg balik, selesa sikit. abg chik ada 6 org anak, so paham2 je la, sepah tu biasa la kan, bebudak.

aku masak yg paling senang, kari ayam, sambal sotong, goreng pak choy ngan goreng ikan dan goreng ayam. mmg kelam kelibut la. sib baik masa diorg sampai aku dah siap2 kasi makan anak2 aku, kalau tak, tak terlayan anak2 aku. sian plak :D

okay, anak2 aku dah lapar balik, ye la tadi makan awal. adios...

Thursday, December 2, 2010

Vege patch

Salam,

hola, arini turn aku lak amik cuti jaga anak-anak. Thanks angat to DH, sebab sama2 amik cuti jaga. wpun aku keja, hari2 sebelumnya, tapi aku akan masak utk DH dan anak2. so far, bebudak tu okay, good progress, doc pun kata tak bengkak or nanah. sabtu ni jumpa doc lagi untuk buka clamp tu. bak kata adik"ujian satu (khatan) dah lepas, ni ujian kedua pula (buka clamp)n. harap2 la okay dan lancar proses tu nanti. doc suh remdam an hour before process tu, kalau ikut aku, moh ibu bawa kau org gi swimming pool, rendam sungguh2, biar senang nak bukak.

okay, back to the topic, semalam masa kat office DH message, die dah siap kan vege patch untuk aku, biar betul pakcik ni. aku mmg suka nak tanam sayur2an ni, cuma belum ada kekuatan nak buat. tapi sejak baca pasal vege patch dan hal2 tanam sayur ni, makin menjadi2 semangat aku. harap la aku kuat semangat hehehehe. ni aku baca kat blog cik lemongrass, pasal die tanam mcm2 kat vege patch die, betul2 buat aku teruja. cantikkan vege patch die


setakay ni aku baru beli 2 jnis benih sayur, pak choy green dan pak choy (white stem), ala, sawi batang putih tu. aku nak pindah pokok cili padi aku. actually mcm2 aku nak taman, tp vege patgh aku tak la besar sgt, ok la. agak2 kalau aku tanam tomato mcm cik LG, jadik tak kat sini ek. ermmm skrg ni musim hujan kan. nnt aku nak cuba la.

ok, abang dah bangun, aku nak mandikan die dulu, sementara adik tido lagi. mlm tadi diorg dapat la kelonggaran nak tv sampai lewat sikit. cite ice age kat tv2. aku nak join sama kan, tp mmg dah tak sedar dah aku time tu, DH pun sama. budak ni kalau biasa kul 10, aku suh tido dah, no tgk tv sampai lewat2 mlm, maybe sekali sekala, ari jumaat malam, sbb esok nye leh bangun leawat sikit, tak sekolah/ tak yah gi taska

plan for today: nak semai biji benih, pindah pokok cili aku dan kemas rumah. Thanks a million to DH sbb byk jugak dah tolong aku, basuh beranda atas, lantai dapur (basuh tu, aku selalu mop je), kemas laman luar dan mcm2 la keje yg berat2 tu. :D. Thanks bang!!!

Saturday, November 27, 2010

SYUKUR...dah selesai

Salam,
Alhamdulillah, selesai jugak akhir, setelah berhari2 aku berdebar2. apa yang dah selesai? dah khatankan abang dan adik. syukurnya pada Mu ya Allah.


sekarang bebudak ni aku bentang tilam sorang satu, lepak depan tv, letak bantal bbanyak. abang dah tidur dah, adik masih setia tengaok tv. dah selesai aku bagi makan roti = air milo, makan ubat, dan sekarang aku tengah masak bubur nasi daging. diorg breakfast tadi mmg dah mkn banyak, tu masih kenyang. so sempat la aku buat bubur skrg, kalau tak, mmg sian lapa anak2 aku.


kami gi klinik around 9am, sampai asna amik nombor, ramai dah kat klinik. abg dan adik mmula segan nak turun dari kereta, ye la kau, pakai kain pelikat siap2 dari rumah. hahahhaha tau malu


bila die tengok ade budak 2 beradik gak dah siap, baru nak turun. sampai, nurse (nurse ke ek, ermmm, assistant kot) bagi makan ubat dulu, pastu tunggu giliran la. aku dan DH, mmg ajak berborak la, baca paper la, segmen kereta, bola la. berkepuk2 kata2 semangat aku turun kan hahahaha


sampai giliran, around 10 la, tgk2 adik dulu, tekejut aku, sbb ingat abg dulu. dah si adik terus tersengih2 pi masuk bilik, dgn tak sempat aku nak peluk cium manja aku tu :D


pastu abg lak, mmg nangis la dua2 ni, aku kat luar tu, tuhan je yg tau hati aku. hanya doa dan zikir je la. apa2 dah selamat dah. cuma nak kena jaga betul2, harap cepat sembuh. tak sanggup aku nak tgk anak2 aku sakit. tapi aku suka jaga mereka, rasarapat sgt lagi, ye la, hari biasa dah sibuk gi balik keje, masa ngan diorg sgt minimum.


Moga anak2 ibu cepat sembuh ye...


opppss, nak tgk bubur atas dapur tu, tu dah naik bau lada hitam n halia yg aku letak. aku lak yg tak sabau nak makan hehehe

Tuesday, November 16, 2010

mari memasak

salam

arini aku cuti, unplanned. tapi sebab nak menghadiri majlis anugerah kecemerlangan abang and adik, aku paksa diri amik cuti. kang sian pulak kat diorang, tapi tahun lepas pun aku cuti gak :D

sekarang ni aku "curi" sikit update blog, memandangkan lappy ni dah sedia on oleh bbudak tu, aku guna jap. ni baru lepas bersihkan ayam. tadi siap dah aku buat bueberry muffin, ni kali kedua buat, actually selang 2 hari je pun hehehe

esok, ape menu ek. aku plan la, nak masak rendang ayam, kuah lodeh dan sambal daging. aku siap-siapkan bahan dulu , nanti kang senang kan. ayam aku nak goreng sikit, ade orang tak goreng kan ayam utk masak rendang, tapi aku ikut mak aku, the best cook ever! tp mmg, mak aku kalau mask mmg superb... weii sedih lak pulak tak balik raya. oh ya, aku tak balik kampung pun, sbb tak amik cuti extra pun. DH pun. simpan cuti utk bebudak ni nanti bersunat. berdebar2 aku....(aku lak yg lebih ni)

lagi sekali oh ya, aku plan nak mask kuah kacang gak, harap2 menjadi la plan aku. iyelah, mcm2 dalm kepala aku ni nak buat. nak kemas2 lagi, kang dah masak, mesti nak kemas dapur lagi kan. aku mmg rimas lantai dapur melekit2 ni.

oka la, nak sambung ke dapur.

SELAMAT MENYABUT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA. Bagi yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya, drive safe :)

p.s: Tahniah untuk anak2 ibu atas kejayaan kamu berdua.

Sunday, November 14, 2010

SULTAN SELANGOR MURKA

Salam,

itu la tajuk muka depan Utusan semalam. (lambat nak post) :)

aku mmg setuju sangat dengan Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membatalkan hasrat berangkat ke majlis Ulang Tahun Ke-40, Yayasan Selangor yang akan berlangsung esok, ini kerana Baginda murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.

Antara petikan dalam berita itu, "Baginda tidak memperkenankan panganjuran majlis tersebut kerana ia melibatkan kos kewangan terlalu tinggi iaitu lebih RM 300,000 termasuk makan tengah hari yang dianggap pembaziran dan tidak berfaedah."

"Baginda berpendapat wang tersebut lebih berfaedah digunakan untuk pembelajaran dan kebajikan ataupun menbiayai lebih ramai pelajar daripada golongan yang tidak berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan Selangor"

secara peribadi memang aku setuju sangat dengan pendirian Tuanku Sultan Selangor. Betapa Baginda amat mementingkan kebajikan rakyat dari melakukan pembaziran demi untuk nampak gah kan. DAULAT TUANKU!!!

Aku pelik betul kalau majlis2 gomen ni, tang makan, bukan main hebat lagi. berbelanja sesedap rasa. lagi satu kalau majlis2 meraikan anak2 yatim, aku tgk kat tv, (te
ngok la kan, tak sure kalau yang sebenarnya berlainan), anak- anak yatim ni makan pun cam biasa-biasa je, tapi kat meja VIP atau VVIP, siap lengkap meja tu. memamg la nak menghormati tetamu VIP, boleh, tapi yang diraikan adalah anak yatim kan. Wallahualam.

aku kasi korang baca sikit berita pasal Sultan Selangor kat Bernama.


****************************
SHAH ALAM, Nov 12 (Bernama) -- The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has declined to attend a function to commemorate Selangor Foundation's 40th anniversary, State Secretary Datuk Ramli Mahmud said.

He said the Sultan had initially agreed to attend the function with the hope that his presence would inject new spirit for the staff at the foundation and in appreciation of their efforts in helping to improve the performance of students from less fortunate families in the rural areas in Selangor.

"However, the Sultan is shocked and very sad after being informed of the high cost of the function," he told a media conference Friday.
The function was planned to be held on Nov 15 at the Tun Dr Ismail Hostel, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

He said the Sultan had suggested that the foundation organised a lunch, which would be cheaper, instead of a dinner, but it was not heeded by the foundation.
Asked on the cost involved, Ramli said it was more than RM300,000.

The Sultan felt that the money could be put to better use if used for education and the welfare of the less fortunate students which was in line with the vision, mission and objective of the establishment of the Selangor Foundation, he added.


sumber dari: blog Tunkuaisha


***************************************

Moga Tindakan Baginda ini menyedarkan dan membukam mata pihak-pihak berkenaan. DAULAT TUANKU.

Friday, November 12, 2010

Alhamdulillah: Part 1

Syukur aku teramat kepada Allah sebab semalam anak2 bagi berita yang sungguh mengembirakan aku, lebih2 lagi adik tu.

Balik je amik diorg kat taska, cam biasa la, abg dan adik akan berebut2 nak bercakap, sometime diorag tak nak ckp apa2, tapi aku yg sibuk2 banyak bertanya. Actually hari sebelumnya (rabu) adik ada cakap, utk sekolah agama, dia dapat tempat keempat. Aku dengar dan aku berharap berita tu betul, sebab dia kata kawan dia yang bagitau. Bukan apa, aku tak nak anak aku sedih kalau berita tu eventually jadi tak benar kan.

Tup2 semalam, die siap tunjuk lagi kat aku hadiah-hadiah dia dapat. Dia dapat story book and plaque. Napa hadiah-hadiah, sebabnya adik dapat 2 recognition, satu nombor 4 untuk darjah satu dan kedua, dapat hadiah bagi markah tertinggi bagi Akhlak!! Aku tau die dapat akhlak 100, tapi tak sangka dapat hadiah. Alhamdulillah. Gembira aku, bangga pun ada, dia pun sama la. Lagi satu berita, die dapat nombor 4 juga bagi sekolah kebangsaan. Double gembira la aku.

Boleh la adik join abang masa hari penyampaian hadiah selasa depan. Abang sek keb, dapat no 5, tapi keseluruhan kelas darjah 3, die dapat nombor 6. takpe la, kira top ten, and dapat hadiah gak. Lagi satu abg juga dpat hadiah nnt utk math, highest mark among the classes. Tapi utk abg aku tau dah, awal2 cikgu die dah bagitau. Alhamdulillah, abg N setakat ni masih agak konsisten, and dia mmg minat maths. Setakat ni anak2 aku takdak tuisyen lagi, aku and DH ajar kat rumah je. Tapi mmg mencabar betul nak suruh hero2 aku ni buat ulangkaji.

Yg buat aku bertambah-tambah gembira, keputusan adik la. Mmg tak sangka, sampai aku tanya dia berulang2 kali, betul ke dik? Sampai mamat tu tak kuasa nak layan aku hehehehehe. So insya Allah aku akan hadir pada hari penyampaian hadiah next tues. Cuma agak terkilan, tak dapat bersama adik semalam masa penyampaian sekolah agama. Sib baik ada abangnya, bagi sokongan. Napa aku terkejut sbb mid term aritu mmg keputusan dan kedudukan dalam kelas, agak merosot, so aku suruh dia target no 10 to 15 je, ye la tak nak dia stress. Sekali, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

So kekal la bebudak tu kat kelas pertama tahun depan, abang, 4 Utarid and adik 2 Utarid. Utk sekolah agama, abg kekal kelas first, adik, Alhamdulillah, naik semula kelas pertama, Abu Bakar. Sbb mid aritu result jatuh, so die kena pindah kelas Umar (kelas kedua). Actually aku suka dia kat kelas Umar, sbb tak nak dia stress sgt berada dikalangan budak pandai2. budak2 skrg mmg pandai2, aku mak lak terlebih stress hahaha.

Part seterusnya aku upload kan gambar. Semalam jugak aku belikan diorg hadiah, sebagai tanda gembira aku, gi Bookworm book store, adik nuntut nak story book lagi. wpun belum masuk gaji lagi . takpe anak2 punya pasal

Memang rasa bersyukur sangat sebab utk final aku tak menaruh harapan tinggi sangat, sbb exam sek agama dan kebangsaan serentak, dan tau la bebudak tu nak suh buat revision, mak aiiii, darah tinggi mak ni. Thanks to DH gak sebab bantu sama2 ngan revision anak2.


ALHAMDULILLAH!!!


Salam

Wednesday, November 10, 2010

aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

okay, cite ni agak basi dah, sbb aku cadang nak upload lama dah tapi tak terbuat. konon after last post, konon nak buat azam update bolg ni frequent, tapi masih hampeh.

tapi takpe, aku nak upload jugak utk kenangan aku. actually byk sgt lagi yg aku tak upload, cite DH belikan aku hadiah besday, percutian anniversary, kelas yg aku attended, pertandingan karate the kids, hari raya, byk la. mmg aku ni tak layak jadi blogger kot, penyakit malas terlalu tebal :)

Bawah ni adala lauk aku (mood rajin masak) ari sabtu, masa DH and the kids gi karate class. lauk simple je, tp berselera aku anak beranak. aku buat bayam masak lemak kuning, ayam goreng berempah (jadi wooo), sambal tumis sotong sedap (hahahahha) dan telur goreng satu utk adik sbb die tu tak makan sotong.







yang atas tu pulak, aku rajin2 pi buat kek coklat dan aku letak kacang walnut dalam nye. ori resepi takde, tp saja aku pandai2 tambah. buat kek tu sbb DH kata mcm nak balik kampung, so aku apa lagi bergegas kedapur lps die tepon, bersilat buat kek ni. kejap je pun, sbb aku dah byk kali buat kek ni. ye la, niat nak bawak balik kampung sbb aritu besday FIL aku. dan besday MIL pun bulan yg sama. tp tak jadi balik akhirnye, so rezeki anak beranak je.


gambar tengah tu tak guna flash tu nampak coklat betul kaler nye, yg sebijik tu (tp dah kene kerat sikit oleh DH yg tak sabar) tu guna flash.

kek ni aku dah buat byk kali, weekend sblm nye tu (weekend anak aku nak final exam pulak tu), aku buat 4 biji sekali gus, nyumbang member buat kenduri. oka la feedback memberansangkan. cuma gambar aku leta kat sini nampak tak menarik sgt, ye la camera biasa je. DH n anak2 pun suka, n ade gak bawak gi opis, diorg kata sedap. harap la betul hehehhehe


tp mmg sedap bagi aku la, lembut and rasa coklat tu mmg hebat tul. lps ni next project aku nak buat blueberry muffin or buleberry tart. sejak gi belajar aritu tak cuba2 pun lagi. ish ish ish.
ok tanpa, usaha lagi kan.
okay, jumap lagi nest post.
salam





Saturday, October 30, 2010

TETIBA mood menjelma...

Assalamualaikum...

jam dah kul 11.15 pagi. dari tadi lepas DH dan anak2 gi kelas karate, aku dok ngadap lappy ni. melompat sana sini aku, maksud aku blog hoping selepas baca blog2 wajib aku.

aku ni mmg suka baca blog2 orang, ye la dari situ pun aku leh dapat pengetahuan, cth, tempat mkn yg best, tempat menarik, resepi2 (yg ni paling best, tp tetap lum rajin nak mencuba hihihi). dr situ gak aku dpt tau pasal isu semasa, tau la, aku ni malas nak baca paper.

tgh2 aku belek2 blog memasak, TIBA-TIBA aku teringat blog aku ni. uuiiissshhh, rumah bersawang lagi, terasa nak post update lak. so here i am.

minggu ni minggu yg rehat sikit, abg n adik baru je lepas abis final year exam. mmg stress sikit last week, sbb sekolah agama dan sekolah kebangsaan nye final exam start serentak lak tu, hari selasa (26 Oct) aritu. aku amik cuti 2 hari, just nak bersama2 diorg bagi semangat. lagi satu aku tak nak diorg terpaksa naik turun van sekolah dari taska, penat dan sin tak terlayan anak2 aku.

dalam mingu exam tu jugak, keje aku kat opis tgh melampau, normal updates okay je, yg buat aku tensen ialah EBP and India tracker, stressss makcik sbb takleh balik on the dot. EBP ialah Event Base Publishing, jenis yg real time update la, mostly product legislation, kalau arini ade new legislation passed by Parliment, kalau boleh arini juga kene web transfer. aku buat utk 2 product sekali gus, aduhh pengsan aku bila dua2 masuk ari yg sama. aku buat MRL and SRL (Msia n Spore Revenue Legislation).

back to my kids exam, mmg rasa ringan sikit kepala otak aku ni, smlm pun leh balik lambat sikit, sbb siapkan SRL update, clear dah la next Monday, smlm baru nak start. tu yg balik lambat, sib baik jumaat, DH leh balik awal sikit n fetch the kids from daycare. tu pun aku siap bawak balik keje checking2 je apa yg aku composed smlm, tapi hampeh, takleh buat sbb keje2 aku tertingggal dlm kete oren, DH bwk gi karate lak....

bebudak tu asal aku tanya camne exam, okay je memanjang, yg adik siap "InsyaAllah boleh la'', ayat tak tahan. diorg ni bkn ape nak nyedapkan hati mak die dan nak diam kan mulut mak die hahahhaha. pandai korang ek. tunggu result nanti, ibu tgk camne korangnyer performance.

pening jugak aku nak susun jadual revision sekolah agama n kebangsaan. cam subject sek keb, aku buat dulu ie, science and maths, awal2 sbb by the time nak dekat, leh aku suh diorg baca subject sekolah agama, cam tauhid, feqah, sirah, akhlak. abg N aku leh lepas sikit, ye la dah besar, si adik ni kene put close attention. aku rasa, kalau aku sit for the exam, mau dpt 100, mana tak ngan aku2 sekali hafal sume tu, eh cuma bahasa Arab kot aku tak score. hehehehe. tp anak2 aku ni, aku respect la, diorg leh ingat, Arabic words yg diorg belajar, aku time sekolah dulu mmg bengap nak hafal. mmg bbudak skrg bijak2 kan. sbb tu competition very high. mana mak bak skrg tak stress lebih dr anak2.

aku n DH bkn ape, bkn nak kejar kedudukan dlm kelas, sbb skrg ni kau dpt byk higher marks pun leh dpt nombor belakang2 sikit. kan aku ckp, bbudak skrg terer2 sokmo. so anak2 aku, aku push just to make sure they remain in the same class for next year. adat la kan, kau duk kelas pertama, cikgu2 okay sikit, kawan2 pun jenis yg kuat belajar. apa2 pun aku doakan, bkn je anak aku, tp anak2 org lain agar berjaya sama. kalau jemput anak2 aku kat sekolah, suka tgk budak2 ni, sume muka innocent je, ye la keciik lagi. kita mak pak la yg mencorak n bimbing diorg. Moga Allah lindungi kanak2 di dunia ni.

kau tgk sekali aku menulis, panjang lebau, kang DH n bbudak nak balik dah. pikir nak masak ape pun tak lagi ni, mmg dasar mak die malasss heheheehe. actually byk bende happened, cuma aku mmg malas lagi nak menulis.

jap lagi aku nak selongkar dapur aku tu, ingat nak bake muffins, tapi abg n adik suh tunggu diorg balik, sbb nak buat sama, tu yg aku terkandas depan lappy ni. takpe aku siap kan bahan2 die dulu, kang senang

okay2 aku stop dulu. kemas ape yg patut ke selongkor ape yg patut hahahha

harap semangat aku nak menulis ni berpanjangan la sikit kan. nak tepek gambar sekeping dua, alamak tak transfer lagi kat lappy ni. later la.

wassalam

Wednesday, June 9, 2010

penuh sawang

Assalamualaikum,

lama sangat aku stop upload new entry. satu sbb aku mmg busy melampau baru2 ni, keje kat opis melambak dan juga anak2 exam mid year aritu. 2 minggu straight lak tu. dan juga sbb aku takde mood and malas nak menulis. dalam kepala ni mcm2 nak cite, actually hari2 ade je bende nak cite, aku je malas nak mengupdate blog ni.

maybe aku masih belum layak nak jadi blogger, eh tapi mmg aku create blog ni pun sbb nak create kenangan buat aku n keluarga.

ni pun tiba2 terpanggil nak menulis, sementara tunggu DH n anak2 jemput aku kat opis. penat dah buat keje, aku melencong jap :-)

May, banyak benda berlaku, yang suka dan duka. May juga aku sambut birthday DH n abg N, mereka selang 10 hari. tgk betapa aku malas nak tulis kat blog aku. May juga anak2 aku ada exam dan penhujung May juga, aku accident. alahai, tak tak tau nak kata ape, terima la qada' n qadar dr Allah. sesungguh nya Allah maha berkehendak dan maha mengetahui kan

Aku nak gi solat maghrib dulu, kang Dh sampai baru aku nak terkelam kabut pulak. angin pulak org tu.

akan aku ceritakan satu persatu yg berlaku tu ek. kalau aku takde reader pun, yela untuk tatapan aku dan keluarga pada masa akan datang kan.

okay2, gi solat dulu.

Sunday, May 16, 2010

congratulation to me!!!

wah, cam bagus je title aku tu ek. actually takde la ape sgt tapi besar gak la makna nye bagi aku dlm keje aku.
kat company aku ni (WKESP) ni every second week of the month on friday, kitaorang akan ade general assesmbly (GA). so masa GA tu nnt management akan update business report for each region, clearence, revenue bagai, bla bla bla ....
selain tu kitaorg akan ade juga bende2 lain, introduc new staff ke, game ke dan juga WOF. sebutan die mcm wolf, tapi ni wall of fame la, kira recognition utk pekerja terbaik bulanan la.
so, nama aku naik utk WOF April, Alhamdulillah! rezeki anak betul, sbb aku akan dpt voucher Jusco RM200, sapa nak bagi kan. campur utk Feb aritu, aku one of the nominee, Alhamdulillah.
so aku kene kuat kan lagi usaha aku, kene keje sungguh lagi. stress jugak. bkn nak kata ape, tiap2 thn so far nama aku naik, malu jugak aku, ye la, keje aku biasa2 je, tp diorg recognised, tapi aku mmg try commit sebaik mungkin dlm keje aku. ye la, maybe rezeki anak2 gak kan
mmg kepala otak aku, dpt je voucher tu aku dah niat nak belikan sthg utk DH n anak2. sbb diorg byk gak berkorban n support aku selama ni. kkdang aku masuk opis on weekends, balik keje lambat, diorg paham.
Thanks sgt!
p.s: bersiaran kat rumah ni sementara tunggu diorg balik dr karate. kepala aku d mlm tadi skat yg amat, salah mkn gaknye. ni yg duk ngadap intenet, dah sensorang kan. tapi sat tadi aku cuba log in nak buat keje opis, aku bawak balik tau keje, tp ade problem lak, esok kene tanya Charles.
kepala weng, ayat pun aku rasa terabur je

Wednesday, May 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO DH AND HAPPY MOTHER’S DAY TO ME!!

9 Mei 2010, adalah hari lahir DH ku, kebetulan sama ngan hari Ibu lak. Tp aku actually bkn kisah sgt hari2 ni, nak kira hari ibu, hari2 adalah hari ibu. Ko jgn aritu je ko nak ingat ibu ko kan hihihi

Birthday pun actually aku bkn main celebrate2 ni. Asal dtg tiba hari lahir, ingat n syukur kat Allah sbb panjang kan umur, kasi rezeki n kesihatan yg baik. Yg lain2 kalau ade punkuar mkn kasi hadiah.

For DH thn ni aku plan nak panggil adik beradik aku n DH, buat mkn2 la, tp aku mmg tak brp sihat minggu tu n tambah lagi mmg aku tak sempat nak plan ape2 pun. Sgt la sibuk keje aku kat opis. Lagi satu aku nak buat suprise2 kat DH ni utk bende2 kecik boleh la, kalau bende besau ni tak pandai la aku, bkn ape, cam tak best je tak bagitau DH dulu, konon cam tak dpt restu la. Kang buat nye die tak suka, abis aku.

Aku kalau nak beli ape bende pun ckp kat DH (tp ade gak yg terlepas, aku bantai beli je :-D)

So Saturday tu, cam biase ler, DH n anak2 gi training karate, so aku sorang2 kat rumah, sambil2 aku mengcuba download movie (yg leceh giler, nyampah aku) kepala otak aku ni ligat piker ape lak aku nak belikan DH kali ni. Nak b uat ape ek, wpun DH mmg tak kaki la nak celeb2 or hadiah2 (tapi die rajin bagi hadiah kat aku hahhahaha, aku yg untung)

Dlm kul 11, aku dah siap nak kuar, ingat nak gi rawang, jengah parkson jap, aku mcm dah set nak beli sthg, on the way jam gile nak ke rawang, dah la aku bwk kete DH, serun mak (tau ke makne serun)

Elok2 aku sampai rawang, aku cuba ler call DH, die kate die dah abis training, so aku pun masa tu masih carik2 parking. Oh ya, dlm nak ke rawang n jam2 tu aku calling2 kakak aku (as n kak ida) tanya apa program diorg aritu.aku mcm nak panggil diorg dtg rumah je, buat mkn kecik2 je. Belahaku je la, sbb belah DH tak sempat, kang buat kene sumpah je panggil last minute hehehehhe

Kakak aku as tu, laki die pun sama sambut besday ngan DH, kebetulan sama tarikh n tahun lak tu. So die kate die ok ja dtg rumah aku, n kak idah ok jugak

Berbalik hal aku cari parking, aku kasi tau DH yg aku ade kat area McD eh ke parkson, lupa dah aku. So die kata nnt ditg dtg. So aku tunggu je la, bila die dtg, die pun pelik, apa aku baut kat sini, jauh nau bini die merayap kan. So aku pun pecah lubang ckp la aku plan nak buat mini celeb utk die, die ok je, nasib. Kat situ gak jumpa kak ida sbb die nak kasi jam nabil yg tertinggal kat kampong. So kat situ gak aku jemput die dtg, tepi jalan je, bertuah betul.

Aku so suh DH balik ngan bbudak, bwk kete die balik, maals aku nak drive kete die jam2 ni, selesa lagi si oren aku tu. Pastu aku pecut gi SR, cari kek, balik dr tu aku beli sosej n roti buku panjang, plan nak buat roti telur sosej, goring mee, pastu aku tambah2 ape yg patut (beli la). Kebetulan arini ade pasar malam.

Nama majlis utk DH, tp aku suh DH yg beli kat pasar mlm, hahahah besday boy beli, lagi pun lps tu die ade kene jaga training kat area situ lak. Sib baik besday die, kalau tak mau aku meroyab gak, ye la pagi petang training. So aku tambah beli nasi ayam n sate.

Awl jugak aku siap2 kan pinggan, air, cawan sume. Nak maghrib baru la muncul adik beradikku tu, ye ye nak dtg awal. tapi bagus anak2 buah aku, sume dtg bwk kad utk DH. anak2 kak as, siap buat kad sendiri lagi. terharu DH.

selebihnye tgk gambau je la, panjang ldah aku rasa mukadimah ni. tapi gambau DH n abg wan potong kek aku tak letak la, sbb DH, ade ke patut pakai shirt sleeveless je

kek SR chocolate indulgance yg aku beli


roti telur sosej yg aku buat. anak2 suka sgt

anatara food yg ade. utk 3 kga je, kira banyak la. kak as, dtg bwk kopok2 n otak2

kak ida bawak bubur kacang. abg zahar tak dpt join sbb keje, so i bekal kan jugak la



dah siap hidang kat atas meja elok2, last2 makn kat bawah jugak sbb senang kan, lagi satu rasa mesra je, sume mkn bersama2 :)




Friday, April 30, 2010

join kelas sulaman manik

arini patut aku 2nd half day, tp dah pukul 1.20, masih tercongok kat opis, aduh tension aku.

alang2 aku tgh tunggu, baik aku update blog aku ni.
penat la tunggu, aku tgh nak clear kan ITSF, update kali ni sume pun cases, system lak bbrp hari asik lagging. tension makcik.


harap, cepat la aku dapat notification pastu aku approve n balik. nak bawak abg gi kllinik lagi, nak pack baju nak balik kampung jugak. alahai, byk bende nak buat


okay meh aku cite pasal kelas sulaman manik yg aku join on 17 April 2010 (lama giler baru nak update). aku join kelas MiraAdli. sapa2 nak join, jenguk la page die ek. kelas tu kat pusat belia antabangs, cheras. pepagi lagi DH ngan anak2 anta aku gi, pastu depa sume balik, gi kelas karate. petang dtg balik amik.
Thanks agt to DH sbb izin aku join.
now, baju sapa nak aku make over kannn.. ke aku yg over skrg ni hehehhehehe

aku kasi tgk gambau dulu ek

tgk tu aku tgh tekun belajar, kat hujung tu... hahahhaa



ni hasil 1st half aku, amacam ngancam tak..

ni kira patern shimmering flower, teknik baru tu, sekebun bunga :)



ni hasil penuh pulak, tp ade yg skip, belajar cara je dulu, tak cukup masa ler

bersama pelajar2 yg lain


aku mcm dah panas bontot dah, apsal la lama sgt. nak balik. dah la smlm jam gila start dr NKVE sampai ke sungai buluh, kul 8 aku sampai rumah.

nak balikkkkkkkkk

Wednesday, April 28, 2010

Kembali bersiaran

Assalamualaikum...

lama betul aku bercuti dari menulis blog ni.

aduhhh, keje opis sangat la bz lately. ni dah okay sikit after aku clear kan MITA book.

arini, kat opis ade BBQ, near the koi pond. aku baru je naik atas, actually tak abis lagi, ade games la. malas pulak nak join. baik aku naik buat keje. (buat keje ke ni hehehehhe)

sampai atas ni dgr suara diorg terjerit2 main games tu.

okay, banyak bende happened between my last entries till today, byk sgt. siap amik2 gambau sakan tapi tak nulis jugak. aku baru dwnld gambar ade la dlm 200++ gambar. uiiish

first, kat opis ni baru je lps restructuring, now aku no longer dlm team core asia, dlm mix team dah (NZ, MY & India). okay la. aku pun suka je, dapay la TL baru gak :)

so masa nak restructuring tu punya la everyone pulun kemas cubiw masing2, s o hasilnye ini la

ni pun baru setengah, by the time guy yg dtg collect recyle paper tu dtg hampir nak penuh e-pub dah.




tgk la betapa byk nye kertas2 yg nak dibuang. alahai sayang pokok2 kan. tp nak buat camne mmg nature of business kene guna byk kertas.

so agak kelam kabut sikit keadaan aku masa minggu tu. keje jgn ckp mmg tgh byk. aku balik lambat, weekend pun jenguk opis lagi. punya bersemangat. ya la, mana tak, book one after another, plus update2 lagi. mmg pengsan aku. Thanks so much to DH sbb paham (ade masa tu tak paham jugak, eeeii) :-D

The next day tu DH "terpaksa" serahkan jugak suprise buat budak2 tu. suprise ape?

tgk bawah ni



tu la die (abaikan abg yg berpeluh2, muka memasing toye je kene stop amik gambau utk mak die ni masuk blog hahaha)

tu rasa mainan remote yg keberapa dah. sblm ni dah dua kali, ke 3 kali beli remote car, pas tu remote heli, ni remate racing car. DH, mmg manjakan betul lngan mainan, kekadang geram aku, takit bbudak ni ingat senang je nak dpt sthg kan.

asalnya, kids tak tau ade remote car tu, si adik la, tgh org lain (aku n abang) solat maghrib kat bilik bawah, leh lak die perasan ayah die sorok bawah katil. aku sendiri pun tak tau. masa tu DH tak balik keje lagi.

lps solat die tunjuk kat aku, terkejut gak aku. tapi aku suruh die simpan. konon2 buat tak tau la.

knowing adik mana leh berlakon

bila ayah diorg balik, DH ade kat bilik air masa tu, si adik leh jerit kat ayah die "ayah, adik dah tau rahsia ayah" hahahahha

DH ingat nak bagi later2 la, amik, tak leh nak sembunyiiiii

so, berlangsung la upacara penyampaian hadiah (spt biasa kan, mmg jadi resmi DH, wpun sekecil mana pun hadiah/suprise die tu, mesti ade sesi bergambar. suh aku bagi2 hadiah kat anak2. DH mg pandai buat suprise kat aku n anak2). melonjak2 la bbudak tu.

tapi diorg ni, tu la kejap je excited nye.

la ni, takde die mainnye.

oh, aku nak tayang gak dinner aku last monday.

mee kari. actually aku buat kari sotong tu last sunday, so ade lagi aku tambah bahan2nya n buat mee kari. bbudak tu siap hirup2 lagi sambil puji2 mak dia hahahhaha.

seronok aku tgk diorg makan. mana tak, bahan2 tu bende kesukaan diorg, sosej la, fish ball, fish cake. pastu aku tambah ngan telur dadar hiris. lazat kan :)





okayla, aku stop dulu, nak sambung keje.
nnt aku sambung camna aku join kelas sulaman manik (jgn tak caya), piliharaya kecil Hulu Selangor, tgk movie kat cinema dan juga early birthday gift aku
BESTTTTTnye. Thanks so much kat DH. love you!
p.s. ibu sayang jugak kat anak2 ibu yg baik2 tu. Terima kasih Allah atas pemberian Mu ini.

Thursday, April 8, 2010

5 tahun berlalu...

actually entry patut semalam, 7 April 2010. genap 5 tahun anak perempuanku, Siti Aishah pergi tinggalkan aku.

Al Fatihah...

dari hari selasa lagi aku dah sebak, sbb mmg ianya terjadi pada 6hb April 2005, yang mana aritu doktor megesahkan aku kehilangan anak dalam kandungan aku.
setiap detik masaih segar dalam ingatan aku.

camna aku menagis sepuas hati tanpa menghiraukan orang yg memandang, DH juga, die menangis teresak2. DH menelefon mak n mil aku. tapi masa die telefon tu suara die tersekat2 so msg kurang clear, mak aku dgr cam aku yg perg, kakak aku kata, mak nak jatuh, terperanjat dah.

masih jelas lagi, detik aku bersalin kan adik aishah, camne doc terpaksa masuk ubat supaya aku ade rasa nak bersalin, camna ade seorg dok baru, melayu, cam memandang remeh keadaan aku, kesedihan aku, macam2 lagi.

saat aku tak leh lupa sangat masa lepas aku lahirkan aik Aishah, nurse tunjukkan kat aku, tanya boy or girl, masih jelas wajah kecil yg ........(aku takle teruskan)

aku dapat pegang anak aku buat pertama dan terakir kalinye apabila DH bawak kepada aku untuk dikebumikan, tapi DH tak kasi aku tgk muka adik Aishah, aku pegang kepalanye.

Ya Allah, aku memohon ketabahan dari Mu.

camna bila balik hospital abg N tanya, mana adik ibu, mana baby? masa abg N 4 thn and adik N 2 tahun. Abg N agak trauma sikit bila tau die tak dpat jumpa baby, sampai kalau tgk baby, die akan cam murung. sian aku tgk. adik N masa tu masih kecil, blm sgt tunjuk reaksi.


duhh, keaadan masa tu tak tau camne aku nak bayangkan. aku rasa aku tak mampu nak ceritakan dgn detail, aku takut aku nangis lagi mcm semalam.


makin hari makin lama aku makin rindu. Sekarang pulak, adik N, slelau sebut adiknya tu. kalau apa2 mesti ingat adik Aishah, mainan, doa dlm sembahyang, gi jln2. selalu tanya bila adik Aisah nak balik. aku pun hairan camne die boleh cam attach ngan Aishah. Allah maha mengetahui.

biarla, aku simpan. tapi adik Aishah sentiasa dlm kenangan.

Monday, April 5, 2010

Puasa arini

Assalamualaikum,

arini aku berpuasa, puasa ganti sekali sunat ari isnin.

yg penting yg qada' tu kan.

last wiken, takde ape sgt, cuma balik YP, tu pun petang sabtu baru bertolak, tetiba after check2 jadual2 minggu yg akan dtg mcm takde tak sempat nak balik. so decided balik last wiken.

sampai pun kul 6 lebih, YP baru lps hujan ribut. MIL masa tu pun tak brp sihat sgt. nak beli sthg on d way, diorg kata tak yah, mlm je kitorg kuar dinner. not bad the dinner and price too! we had kailan ikan masin, siakap 3 rasa, telur bungkus n tomyam campur. abg N had nasi goreng cina ngan telur dadar kosong, adik tomyan n tekur dadar kosong.

wah! adik N tambah berkali2 mkn nasi n tomyam je. selalunye budak tu susah betul nak mkn. oh ya mlm tu ajak kak Zura n little tami sekali.

esoknye pagi, k zura buat pencicah sardin utk roti arab. aku lak kuar cari brg sikit ngan Dear Hubby (DH) (dah ok dah hahahaha). plan nak buat mee kari. aku ade bwk balik mee n fizg ball, fish cake, and frozen kuih muih utk MIL. ye la tinggal 2 org je, kekadang nak mask yg complicated, tak berbaloi kan. oh ye, johor tgh buat catuan air. air cuma ade start 10 mlm to 10 pagi. tu yg smlm, cuba siapkan masak2 before 10 am, and we did. menu smlm, mee kari ngan bhn sampingan die, kobis masak ngan tauhu, ayam goreng. kuah kari ayam la kan.


tgh hari gi sakan n cosway, saja jejaln ngan MIL n k zura. yg pompuan je, yg lelaki n anak2 tinggal. mmg la jalan sakan kitaorg hahahha.

bertolak dr YP kul 5 sthg. sampai BB almost 10, yela benti maghrib, mkn sume. oh ya, smlm aku pakai tudung turkey yg ade scarf die sekali tu. pelik rasa tp mcm teringin nak cuba pakai. ok la. DH kata ok, cuma muka nampak garang sikit. mmg la garang :) on the way smlm sempat ade ade argument sikit, sibbaik bbudak tido. aiihh tak tau la, lately ni emosi aku cam tak stabil. takleh nak salahkan DH gak.

pagi tadi lps jemaah subuh, DH minta maaf, aku ckp dlm ati aku maafkan lagi pun mmg salah aku hahhaha.

okla, nak sambung buat keje. aku cuba control emosi dan kata2 aku arini, sesungguhnya aku berpuasa..*wink*

Friday, April 2, 2010

Sedih giler


Lama sgt aku tak update blog. Actually byk yg berlaku dlm hidup aku. Siap amik gambau bagai konon nak letak dlm blog hehehe. Tp tu la penyakit MALAS aku sgt kuat. So terperap dulu dlm camera tu.

Ni nak cite, pagi ni on the way gi keje, sambil aku berdoa (doa rutin, mmg hari2 aku amalkan), air mata ni laju betul kuar. Aku control2 gak. Lagi2 bila aku terbayang2 muka anak2 aku pagi tadi. Cam biasa diorag akan melambai2 sambil bagi salam n pesan kat aku be careful

Mmg suci bersih kan muka anak2 ni. Adik mcm dah dpt baca air muka aku. Aku nampak air mata die dah genang2 dah. Aku buat2 ceria. Adik ni aku perasan, die mmg sensitive sikit, die leh notice kalau ake ade hal/masalah. die akan sedih sama. Pagi tadi aku tak nak die tau sbb nak gi skolah, tak elok utk emosi die.

Apsal aku sedih, ala, biasalah masalah domestic. Tp aku ok je actually, yg buat aku sayu bila tgk muka budak2 tu la.

Dlm kete mmg ngalir2 je la, aku control. Tak sangaka lak aku leh selisih ngan kakak aku kat highway. Aku cuba kesat sblm die nampak apa2kan. Tp masa die lalu sebelah aku, maybe die cam perasan kot, yela, aku bwk slow je n laid back, maybe mata aku jugak. Bila die lepas ke depan, lagi aku tak tertahan. Makin laju

Aku kalau mmg ade msalah domestic, lihat muka adik beradik, buat aku lagi sedih tapi membahagiakan sbb aku tau aku ade org yg mmg sayangkan aku sepenuh di sampaing anak2 aku. Aku pun sayang adik beradik aku. Diog mmg sngt concern antr satu sama lain. Moga perasaan ni kekal, amin

Aku cuba kawal persaaan aku, sbb aku ni kang kalau terus2 nangis mau org perasan, sbb muka aku cepat berubah. Mula sembab semacam.

Apa2 aku pasrah and berdoa pada Allah. Actually mmg ada salah aku pun. Takleh terkawal la.

Keadaan makin oulih bila aku reach tol putajaya. Cam biasa la, lps aku bagi duit cukup2 (10.60 sen tau sekali jln, jgn main2) aku pun gerakkan la kete aku kedepan. Budak lelaki ni siap panggil aku, aku ingat apa hal, die siap ckp, jgn jln dulu, ken abaca resit dulu. WTH. Die aku ni b****h sgt ke. Takkan la aku hilang akal nak langgar penghadang tu, mmg la aku akan tunggu dulu. Sengal nye budak. Selama budak2 lain paham je. Die tu yg b****h. geram aku.

Tp sib baik gak bende tu berlaku, hilang sikit syahdu aku pepagi. Kene keje, kene keje. hidup perlu diteruskan.
aku sayang kan family aku.
aku perlu lakukan sthg demi keluarga aku. aku bermohon Allah abagi aku kekuatan menju kearah kebaikan dan kejayan dunia akhirat. moga Allah bantu aku untuk menjadi isteri, ibu n anak yg baik demi kebahagian dunia dan akhirat. Amin.

Friday, March 5, 2010

PeNat....

aku masih kat opis lagi ni, menghabiskan sisa2 keje. sisa2? sisa ke bende, byk lagi nak kene buat.
monday aku mesti kene start buat SRL, kalau tak takleh nak clear on wed. tadi web, dah setel, lega aku.
arini aku masuk lambat sbb gi sport day SKBB2 yang pertama. Abng n Adik N ade amik bahagian. Rumah sukan abg dpt no 1 (rumah biru), rumah sukan adik (merah) no 3. ok la kan.
byk gak gambau yg aku amik n jugak video. aku rasa aku antr mak yg paling sibuk kat padang ahahahahha. lebih2 lak aku. lantak la kan, janji aku dpt amik gambau anak2 aku. kenangan tu penting kan.
ok la, jap lagi aku nak balik kot, dah la kete parking luar, kene kuat semangat aku nak jln kuar ni.
adoiii, ikutkan ati aku ni nak je aku tiso kat opis je la. malas pulak nak drive balik jauh2 mlm2 ni. penat ko

Thursday, February 25, 2010

BUSY gilleerrrrr

since last Tues, aku memang busy gilerrr, tak sempat aku nak update blog ni.
semalam pun sampai rumah 9.30, dah 2 hari aku balik lambat, sbb nak siapkan SRLP ni. Legislation book ni tedious la, byk benda nak kena fix masa compose.
fuhhhh lega, aku baru clearkan buku tu. ni stay sebab nak settle ape yg patut bagi kat SE sbb Monday aku cutiiiii. tak brp happy gak sbb tgh byk keje kan
kang teringat je kat opis. aku cuti sbb nak bwk si kenit (panggilan utk adik bongsu aku) gi putrajaya. esok die sampai la kat bumi Malaysia ni dari Korea.
akhirnye abis jugak kau belajau kat sana ek kenit. ape la agaknye ole2 die bawak.
aku balik dulu, ni pun dah lewat nak jemput bebudak tu.
penat betulllll brp hari ni buat keje
sib baik esok cuti kan, sempena kelahiran rasul kita Nabi Muhammad saw.
tapi mlm ni mcm kene gi seremban, aiihh baru nak melunjur2 kaki kat rumah
uuuwwwaahhh, baju yg blm lipat pun banyak. tak suka la gi jalan, rumah masih berselerak. tak tenang kepala otak aku
::aku yg tgh pening::
siti

Tuesday, February 23, 2010

what for breakfast today

actually pagi ni aku plan nak gi keje awal, kat opis tgh bbyk keje. tapi cam tak sampai ati lak, sbb dah janji ngan kids nak buat mini pizza for breakfast and for them to bring some also to school.
so, pepagi aku dah kat dapur sambil cik Abg cam biasa la, tgh gosok baju bebeudak tu. kalau korang nak tau, baju bbdak tu mmg basuh ari2, rajin tak rajin, mmg rajin laki aku. sayang cik abangku.

meh aku tayang sikit gambau, tapi arini aku amik satu je gambau yg lain tu ade la gambau aritu.

kira ni second trial aku la kan buat bekfes mini pizza utk anak2 aku di pagi hari. ala, simple seangat la, guna roti gardenia je. mana sempat aku nak nguli doh pepagi buta kan




ni tgh tunggu turn utk di bakau, ade satu tray tgh dlm oven. simple kan, letak ape yg korang nak, pastu aku pakai cheese yg clice tu je

gambau lagi masa 1st trial aku ...

abg N baru bangun tido :)


punya lan ak bergambau adik N, masih ngantuk tu, tapi tetap nak amik gambau ngan "pizza" ibu hehehe

tp rasa aku yg suruh kot, ala, buat kenangan kan nanti





sebelum di bakar
















dah siaaapppp, jom makan....












tgk gambau ni baru aku perasan, masa ni bkn nak gi skolah, tp nak somewhere, mana tah aku pun lupa dah

sila abaikan meja yg selerak itu ye, segala mak nenek ade tu, mkn ler dik oiiii
kalau korang nak tau time tu aku tgh angin nak membakar, al maklum la, cik Abg baru belikan oven. hehehehe, telinga die dah berdarah2 asik dengau angan2 aku nak merajin kan diri.
kalau korang nak tau, lepas aku buat mini pizza ni, aku ade gak buat coklat kek, kek pelangi ngan muffin pisang.
nnt aku tunjuk ek. oh tak lupa apam kuku coklat aku last weekend. ptg kang aku tunjuk, tgh byk keje ni :D
aku tgh angin nak menhapdet blog la pulak hahahaa
ok ah , aku nak sambng keje.

Monday, February 22, 2010

hujung minggu ku

Jumaat malam (19 feb)


aku balik lewat sikit, sampai rumah dlm kul 7 lebih, anak2, cik abg dah jemput dari nursery. ahhh, lega, kalau tak mmg kelam kabut la.


cik abg ade janji nak belanja dinner kat luar, so lepas maghrib, kitaorg pun bertolak la, ingat nak gi jauh sikit tapi takut abg N and adik N, lapar lak kan, so kitaorg gi kat Sixpoint Riverside, sungai buaya. nak tau, ni port baru kitaorg, so buat masa ni mmg kerap la, lagi satu kalau nak mkn sana, aku akan call dulu, order food, kang senang, takyah tunggu lama2.


tempat die pun cantik, cam ala kampung pun ade gak, mlm cantik kot. kids makan fish n chip, aku dan suami makan nasi putih + sup sayur+ ikan 3 rasa + telur goreng tepung. not bad la. sup sayur die best sbb banyak sayur. aku pernah try mushroom soup pun sedap, sekali mintak 4 keping garlic bread hahahaha, gila nye kuat makan.


owner tmpt ni dulu keje kat hotel vistana kot, kalau aku tak silap. hah, mee goreng mamak die pun marvelloues. aku actually jarang mkn mee kat luar sbb ragu2 akan mee yg diorg guna, kalau teringin aku goreng sendiri, beli stok kat halal mart aresa rumah aku. tapi tmpt ni aku cam yakin kot sbb owner die ni org dakwah, so die akak pilih betul2 food die kan.


lps makan balik la, bbudak pun dah penat.


Sabtu (20 feb)


siang cam biasa la suami ku gi training karate die, abg n adik tak ikut sbb ade sekolah agama, ganti utk raya nanti. sekolah die awal2 dah ganti, senang kan. eh jap, aku n suami gi anta bbudak tu gi sekolah, anta sampai ke kelas n dah peluk cium bebudak tu, kitaorg balik la, nak gi bekfes n gi pasar sekali.


bekfes kat area pasar, aku mkn lontong n cik abg makan roti, 2 kau, hehehehe, iye la, kang ade training sure lapau. beli gak roti jala kegemaran adik, pastu gi pasau.


aritu aku masak lemak kuning pucuk paku, sambal goreng ikan n telur masak kicap utk adik. utk adik mmg aku pening sikit sbb die tersangat la picky nye soal makan. abg N senang je, ade sambal , ikan bertambah2 die makan, aritu je 3 kali tambah. abg N mmg suka kalau aku masak, ape je aku masak die akan cakap sedap, sejuk aku dgr.


petang, masing2 dah letih, lepak2 depan tv, tertido gak aku kejap, abg N sekali, adik ,mmg power mata die , susah nau nak tido.


petang lak, cik abg bwk bbudak training karate kat bukit sentosa, mmg ade setiap sabtu. tapi selalu anak2 aku join kelas kat rawang, pagi sbb dr awal gi sana kan, yg kat bukit sentosa baru je start. aritu sbb pagi diorg tak gi, so petang gi la, dr die dok tgk tv je kan, dpt kuar peluh. adik suka je gi yg kat BS, sbb instructor die creative. nnt la aku cite pasala kelas karate.


balik dr aritu, cik abg janji nak ajak kuar, agaknye die rasa bersalah kan, die n anak2 asik tinggalkan aku je kat rumah. tp petang sempat lagi aku mengemas bulik2 atas. puas ati aku. pagi aku kemas bawah, sapau2 sume, lipat baju n mop2 lantai. double puas. baran je aku kalau lantai kotor2 ni.


so malam cik abg ajak gi jln2 kl, saja bwk bbudak tgk area kl mlam2. so kitaorg decided gi kg baru untuk diner. makkk oiiii, sesak n padat giler takde parking kau. pusing punya pusing kitaorg mkn kat area maju junction mall, ade satu restoran yg aku suka abb lampu die terang benderang.

lpa mkn, jalan2 pusing2 kl, sampai sungai wang kitaorg redah. sampai rumah nak kul 12. tp best la, aku ni mmg suka berjalan.


Ahad (21 Feb)


pagi rutin, cik abg n bebudak gi karate, aku kat rumah la ape lagi. emmm pae aku buat ek.


ooo aku kemas dapur after bekfes, aku mop pantai dapur, kemas peti ais.


pastu aku tercongok jap depan tv sambil baca paper, amik, multi tasking betul aku. psatu aku mula perah otak aku ni pikir nak masak ape ek.


last2, pikir punya pikir, aku masak sup fish ball utk adik, udang masak paprik kot, aku belasah je. goreng ikan parang sikit. sblm tu ade kes sikit. hahahha, biasa la aku ni berangin je org nye, kes kirim beli tauhu la, last2 aku buat sup fish ball utk adik.


siap masak, kasi diorg mkn, suh buat home work, pastu rehat la. petang hujan, bestnye. lepas asar, tah macam mana angin aku dtg, aku teringin nak buat apam, aku tanya la diorg apam coklat ke apam pisang, dah sumanak apam coklat, so jadi la. aku ikut rsepi kat myresepi, senang bangat kau. kejap je aku buat apam coklat kukus. yg paling best abg n adik N tolong, sorang tolong basuh, sorang tolong lap mould apam tu n baca resepi.


cepat betul siap, tak terasa pun. berjaya jugak hehehehe.


so mlm lps dinner, tidurkan bebudak awal, diorg penat. abg N pun cam tak sihat, panas sikit n pening kepala. sian anak aku. aku picit kepala die n tidurkan diorg berdua.


anak2 ibu, ibu sayang sangat kat korang. jaga diri selalu ye.


ni gambar abg N n adik N sebelum gi karate class diorg. belakang tu sume medal yg abg N dapat. byk dah pertandingan yg die masuk. gold medal pun byk gak, dlm 4 ke 5 kalau aku tak silap la.
adik baru je join thn ni.
p.s: berjaya gak aku publish gambau, nnt aku letak lagi byk gambau ek

Friday, February 12, 2010

bila bulan mengambang


smlm balk keje selain dr rutin, takde ape sgt yang berlaku.

cuma smlm aku tgh emosi tak stabil, ala, tau la kan org pompuan, tgh2 bulan ngambang mmg aku akan cepat naik angin. mmg tak leh nak kontrol, tp bila dah marah2 aku rasa bersalah lak kat anak2 aku.

aku tarik nafas panjang, isgtifar byk2. tp tu la yg aku marah tu pun sbb yg betul, cuma over sikit la kan. lagi satu dlm keadaan emosi yg tak stabil tu aku tak boleh kalau rumah bersepah2, lantai dapur kotor. ape2 je la mmg sakit kat mata aku. bebudak tu smlm pun, masuk je rumah tolong aku bwk sume brg2, terus gi solat, aku ckp sekali je terus jln, sbb die tgk mak die tgh tak stabil tu. :)

smlm aku suh ang N and adik N kemas suma mainan yg die main depan tv, kelam kabut diorg. diorg ni kalau aku buat isyarat mata pun diorg dah paham, tp garang2 aku bertempat. diorg paham tak sampai bbrp minit aku akan ok balik, cuma jgn ade hal la. bila dah kemas tu tenang sikit mata aku melihat.

bila gi dapur, sekali lagi aku jadi tak tentu arah, tgk lantai dapur ni mcm berabuk je. dan dan tu jugak aku mengemop dapur, mop bilik bawah tu sekali. dah siap2 sume tu, aku uruskan botol2 air bekal ke sekolah n duk ngan diorg tgk die buat homework.

sblm tido aku mandikan diorg lagi sekali, ye la musim panas, masing2 berpeluh, kasi diorg selesa sikit utk tido. dan sebelum tido aku spend ngan diorg, cium diorg. diorg ni kalau tak duk ngan diorg, susah nau nak lelap mata, lagi2 adik.

bila diorg dah tido, aku pun ape lagi sambung jahit manik kat tudung mil. dah nak siap dah, sikittt je lagi.

oh ya, cik Abang balik lambat smlm, sempat lgi die gi training karate. geram jugak aku, tp die pun nak release tension jugak kan
die pun tgh byk keje kat opis.

sambil aku jahit manik, cik Abg tgk tv. dlm nak kul 12, waktu utk tido, kang esok susah lak nak bangun

cuti minggu ni aku maybe balik kampung. till see in next entry.
Selamat bercuti dan GONG XI FA CAI bagi kawan2 cina aku
bagi yang balik kampung tu drive elok2, ingat la orang yang tersayang

Wednesday, February 10, 2010

rutin aku dan project makeover tudung mil

aku nak balik dah ni, tak sabar, mata duk berpinar dah ni.

tapi balik bukan boleh terus rehat, nak fetch my intan payung 2 orang tu, get sthg or prepare sthg for dinner. Aku beli kalau aku balik lewat, tp kalau balik awal pun kkdang aku beli gak hehehhe. penat tau la, aku travel 1 jam lebih nak sampai. kalau jam kat NKVE lagi lama, nak beli food lagi, kkdang tu mahu 2 jam lebih baru aku sampai betul2 kat rumah. org kalau tau aku berulang cam tu mmg la pelik bin ajaib, ye la sapa tahan tiap2 hari travel dr bukit beruntung to cyberjaya, penat satu hal, duit, mmg mcm air. tapi alhamdulillah la, buat masa ni kat situ la punca rezeki aku kan.

Dah sampai rumah, angkut sume brg2 dlm kete, aku start rendam all baju2 sekolah, cuci botol air diorg, isikan air utk esok (tugas ni aku akan buat kalau cik Abg balik lambat dari keje, kalau tak, mmg sume die tolong :). cik Abg aku mmg rajin bab2 tolong keje rumah, lagi2 bab2 membasuh). tapi tang kasut sekolah mmg tugas die la, mmg cik Abg basuh kasut sekolah tiap2 hari, tu yg the kids kene ade more than 2 pairs.

then kalau they all dah mandi kat taska, i just ask them to check whether they have any homework dan boleh terus buat sementara aku sibuk2 kat dapur. kalau tak ade homework, aku suruhlah diorg buat any exercises. buku latihan punya la banyak, ish ish ish, kene displin ni. kekadang tu aku bagi gak diorg rehat, tgk tv ke. cam semalam, lepas dah buat exercise and siap makan, aku kasi can la diorg naik atas tgk dvd.

masa tu, aku nak amik nafas sikit, buat bende lain lak, tapi nak tgk2 jam gak, kul 10 paling lewat utk diorg tidur, kalau tak esok sure ngantuk nak bangun.
Abg N, bagus kalau die nak main game ke tgk dvd ke, tanpa aku suruh die dah kemas beg2 sekolah die. lega aku. cuma beg2 adik, masih aku kemas lagi, sbb kasi can dulu, ye la std 1 kan. tp kalau ade cikgu pesan2 ape, die akan bgtau aku.

lega kalau homework dah siap, beg2 dah kemas, kalau tak stress. tu kalau aku balik awal, leh siap awal, kalau aku balik sampai rumah kul 7 lebih, bayangkanle. lain kali aku masukkan rutin pagi lak, mmg lipas kudung, tapi tula, sib baik cik Abg aku mmg byk membantu, susah nak cari cam laki den ni.

oh ya, mlm ni aku nak sambung lagi projek makeover tudung mak mertua aku. amik, last minute baru nak start. aku start semalam, sambil kids tgk tv, aku ape lagi, jahit la. nnt aku letak gambar tudung tu. ala, bukan buat ape pun tambah manik je, patern simple, susun kat tepi2 tudung.

aku dah buat dah satu utk tudung hitam aku and satu lagi masih in progress, kaler light brown, mil tgk tu yg berkenan. aku offer la buat kat tudung die. tu la, janji nak bwk balik masa CNY, harap2 aku sempat buat kan.

selain tudung, raya aritu pun aku sempat la buat tambah2 kan manik kat 2 baju kurung aku. bangga giler aku, sbb just belajar tgk online, siap buat patern2 bunga lagi hehehehhe. yg satu lagi aku buat simple, sbb petang raya masih menjahit. nnt la aku letakkan gambarnye, yela aku kan baru je belajar hal2 blog ni. nak tepek gambar tu mmg amik masa la.

Kenapa aku mula berblogging

okay, pagi ni aku sampai awal sikit kat office, maybe kurang sikit jam kat are a sungai buluh dan NKVE tadi..tapi sthg happened, sampai sekarg aku cam panic, my access card gone missing. puas dah aku godek2 bag, tak jumpa.mmg akau ingat dah masukkan smlm dlm bag masa balik smlm. aduhh malas betul aku nak gi balik ke kereta carik. kalau aku risau tp dlm hati cam ok2 lagi, meaning tak hilang mana la tu, ade dlm kereta kot


eh, okay, lari dari topik pulak. okay, macam mana aku leh terjebak ngan blog ni. actually aku ni mmg minat sangat baca blog. blog hoping, i like.aku suka baca pasal baking, cooking, art n crafts and about families ties. Baca blog kesukaan aku buat kan aku rasa seronok, motivated sometime i can say.Escp baca blog working mothers, on how they juggles works, kids, family and routine life. Respect la. so aku mcm takde excuse la, sbb org lain pun keje gak, leh je handle.


so, after lama dah baca blog2 orang, aku pun terpanggil la nak ade blog sendiri, for one main reason at least aku ade something untuk aku tgk balik bila aku dah tua, anak2 aku leh baca ape la yg ibu die buat, gambar2 masa diorg kecik, about all the our family acitivities. It could be some memories for them to be remembered kan. ye la, sometime weekend, aku n family had sthg special tp all the memories kan slowly gone, ingat tu ingat la, tp tak details, n kalau dah lama2 tgk gambar balik tak sama kalau kita tau every single things happened on that day kan. dan jugak, sthg utk abg N and aik n tgk2 balik pasal karate activity diorg, setakat ni abg N byk jugak la menang medal n trophy


Lagi satu, leh la jugak adik beradik aku ni menjenguk ape la adik yg sorang duk buat selalu. kitaorg ni ade je yg duk agak dekat, tp tau la kesibukan aktiviti hari2., mmg tak sempat berjumpa. so kalau aku dah lama tak dtg jenguk diorg, at least die tau la pasal aku kat blog ni kan. adik bongsu aku yg kat korea tu sampai nak balik dah. bayangkan masa die gi sana my 2nd son masa tu baru 1 year plus, skrg adik N dah std 1 dah, kalau la aku start berblog awal2 leh la budak tu tgk anak2 aku membesar jugak. ni balik tup2 eh dah sekolah.
pendek cerita, untuk aku rakam kan kisah hidup ku, bersama suami, anak2, kelauarga aku n cik abg danjuga kawan2.


kalau ade yg sudi nak baca, ape salahnye, mana tau among the readers (ceh mcm ade reader nnt) leh jugak bertukar2 pendapat, idea or anything la.
salam perkenalan untuk semua!


note utk anak2ku:
Ibu gigihkan jugak tau tulis ni utk abg n adik. Ibu love both of you so much!!! ayah pun ibu sayang gak