Saturday, October 30, 2010

TETIBA mood menjelma...

Assalamualaikum...

jam dah kul 11.15 pagi. dari tadi lepas DH dan anak2 gi kelas karate, aku dok ngadap lappy ni. melompat sana sini aku, maksud aku blog hoping selepas baca blog2 wajib aku.

aku ni mmg suka baca blog2 orang, ye la dari situ pun aku leh dapat pengetahuan, cth, tempat mkn yg best, tempat menarik, resepi2 (yg ni paling best, tp tetap lum rajin nak mencuba hihihi). dr situ gak aku dpt tau pasal isu semasa, tau la, aku ni malas nak baca paper.

tgh2 aku belek2 blog memasak, TIBA-TIBA aku teringat blog aku ni. uuiiissshhh, rumah bersawang lagi, terasa nak post update lak. so here i am.

minggu ni minggu yg rehat sikit, abg n adik baru je lepas abis final year exam. mmg stress sikit last week, sbb sekolah agama dan sekolah kebangsaan nye final exam start serentak lak tu, hari selasa (26 Oct) aritu. aku amik cuti 2 hari, just nak bersama2 diorg bagi semangat. lagi satu aku tak nak diorg terpaksa naik turun van sekolah dari taska, penat dan sin tak terlayan anak2 aku.

dalam mingu exam tu jugak, keje aku kat opis tgh melampau, normal updates okay je, yg buat aku tensen ialah EBP and India tracker, stressss makcik sbb takleh balik on the dot. EBP ialah Event Base Publishing, jenis yg real time update la, mostly product legislation, kalau arini ade new legislation passed by Parliment, kalau boleh arini juga kene web transfer. aku buat utk 2 product sekali gus, aduhh pengsan aku bila dua2 masuk ari yg sama. aku buat MRL and SRL (Msia n Spore Revenue Legislation).

back to my kids exam, mmg rasa ringan sikit kepala otak aku ni, smlm pun leh balik lambat sikit, sbb siapkan SRL update, clear dah la next Monday, smlm baru nak start. tu yg balik lambat, sib baik jumaat, DH leh balik awal sikit n fetch the kids from daycare. tu pun aku siap bawak balik keje checking2 je apa yg aku composed smlm, tapi hampeh, takleh buat sbb keje2 aku tertingggal dlm kete oren, DH bwk gi karate lak....

bebudak tu asal aku tanya camne exam, okay je memanjang, yg adik siap "InsyaAllah boleh la'', ayat tak tahan. diorg ni bkn ape nak nyedapkan hati mak die dan nak diam kan mulut mak die hahahhaha. pandai korang ek. tunggu result nanti, ibu tgk camne korangnyer performance.

pening jugak aku nak susun jadual revision sekolah agama n kebangsaan. cam subject sek keb, aku buat dulu ie, science and maths, awal2 sbb by the time nak dekat, leh aku suh diorg baca subject sekolah agama, cam tauhid, feqah, sirah, akhlak. abg N aku leh lepas sikit, ye la dah besar, si adik ni kene put close attention. aku rasa, kalau aku sit for the exam, mau dpt 100, mana tak ngan aku2 sekali hafal sume tu, eh cuma bahasa Arab kot aku tak score. hehehehe. tp anak2 aku ni, aku respect la, diorg leh ingat, Arabic words yg diorg belajar, aku time sekolah dulu mmg bengap nak hafal. mmg bbudak skrg bijak2 kan. sbb tu competition very high. mana mak bak skrg tak stress lebih dr anak2.

aku n DH bkn ape, bkn nak kejar kedudukan dlm kelas, sbb skrg ni kau dpt byk higher marks pun leh dpt nombor belakang2 sikit. kan aku ckp, bbudak skrg terer2 sokmo. so anak2 aku, aku push just to make sure they remain in the same class for next year. adat la kan, kau duk kelas pertama, cikgu2 okay sikit, kawan2 pun jenis yg kuat belajar. apa2 pun aku doakan, bkn je anak aku, tp anak2 org lain agar berjaya sama. kalau jemput anak2 aku kat sekolah, suka tgk budak2 ni, sume muka innocent je, ye la keciik lagi. kita mak pak la yg mencorak n bimbing diorg. Moga Allah lindungi kanak2 di dunia ni.

kau tgk sekali aku menulis, panjang lebau, kang DH n bbudak nak balik dah. pikir nak masak ape pun tak lagi ni, mmg dasar mak die malasss heheheehe. actually byk bende happened, cuma aku mmg malas lagi nak menulis.

jap lagi aku nak selongkar dapur aku tu, ingat nak bake muffins, tapi abg n adik suh tunggu diorg balik, sbb nak buat sama, tu yg aku terkandas depan lappy ni. takpe aku siap kan bahan2 die dulu, kang senang

okay2 aku stop dulu. kemas ape yg patut ke selongkor ape yg patut hahahha

harap semangat aku nak menulis ni berpanjangan la sikit kan. nak tepek gambar sekeping dua, alamak tak transfer lagi kat lappy ni. later la.

wassalam