Monday, July 18, 2011

Kembali bersiaran

Assalamualaikum,

Aduh, lama betul aku senyap sunyi. abis la segala kenangan aku, sebab from my last entry which was april till date, banyak benda yg berlaku. tapi aku ade je la amik gambau2, cuma kalau aku biarkan je, sure dah lupa dah ape yang berlaku kan.

tak tau la, aku ni mmg malas betul nak update blog, amik gambau cam iye2 je. tapi malas nak uplod. aku masih berdoa agar aku rajin untuk uplaod gambar and add fresh entries everyday. untuk kenangan anak2 dan suami di masa akan dtg.

sekarang ni kat opis, sytem down, so tgh2 blog hopping (tengok resepi actually), terasa nak update sendiri. ini la entry nye hihihii

aku ternampak satu resepi, roti lapis daging. mantap betul nampak (tgh posa ni, tp aku kuat semangat hihihi). terus dan2 tu aku salin resepi tu kat buku nota aku. moga Allah bagi aku kekuatan nak buat kat rumah. sbb aku ni kat opis berkobar2 sampai rumah, seluruh anggota cam pakat je, malas, rasa nak lepak je. :D aku kune cuba ni utk anak2, untuk persiapan bulan posa gak actually. ade lagi a few resepi aku salin dari blog tu.

meh tinjau2 blog ni, seronok betul aku tgk org yg rajin masak2 ni. datang semangat aku, dan2 tu, tp hangat2 taik ayam la. ni link aku tengaok resepi roti lapis daging. kredit pada empunya blog DAPUR COMELKU: http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/01/roti-lapis-berdaging.html. nyum nyummm

okay, aku nak sambung tgk2 resepi lagi (tu je rajin aku, cuba malas giler lagi), sementara system masih down ni. hahahaha. esok aku ade lunch date ngan member, ingat nak buat bluberry muffin mlm. aaiiihhhhh, ya Allah muga ngan izin Mu, aku rajin la. amin...

wassalam

Wednesday, April 20, 2011

Live from Gurgaon, India


Assalamualaikum,

aku skrg ni berada kat India office, ni dah hari ketiga. Arrived on last Sunday. Office ni terletak kat cybercity, Gurgaon. cam kitanya cyberjaya la.

memula sampai agak terkejut badak sikit juga, tapi last cam ok la kot. Hotel so far ok, cuma persekitaran kat area hotel tmpt aku duduk tu agak kureng sikit. :)

banyak gambar yg aku amik kat sini, nt la upload. aritu sempat gak jejalan jap kat New Delhi. sibuk betul. satu masalah kat sini, sangat la berabuknye. dan sangat bising, sbb tabiat orang kkat sini kalau memandu, sgt suka tekan hon. mmg kurang aman sikit la. tp aku cam dah lali je setelah bbrp hari kat sini. ceh baru je bbrp hari hahaaha.

oh ya aku kat sini tetiba jadi vegetarian. hahaha. tapi agak senang la jugak nak cari veg food, sbb area sini consider north India, ramai vegetarian.

ok, aku je amik gambar sekitar dari bilik meeting ni. tp tak nampak byk la. tuat atas la tu.

ok, nak sambung keje. patut ade product meeting tapi sbb boss ade meeting lain, lambat sikit start. semalam mmg panas betul discussion, sib baik arini rehat sikit hihihihi. can't wait for friday....India cutiiii yeayyyyyyyy

wassalam

Tuesday, April 5, 2011

aktiviti membersihkan sawang...

Assalamualaikum....



aduh, memang giler nye bersawang blog aku ni. tu la org lain nak tulis blog (a.k.a routine diary) kau nak gak, tapi tak terbela betul....



byk betul actually benda happenned between my last entry till this one. tapi ntah, malas sesangat nak mengupload gambar dan menulis, aku lebih banyak blog hopping ke blog2 fav aku. ni mmg aku rajin sangat, yela, nak rehat2 kan minda time aku penat kat ofis or kat rumah. kat rumah tu kalau nak mengupdate mmg tak terbuat, penattttt je rasa kan, byk benda nak dibuat nye (kekadang tu mmg dah dasar malas hahahahhaha)


Arini cam biasa kat ofis, tak busy sangat, tapi tak la free sangat (wpun aku rasa cam free je :D )



nak kena compose SRL, before that alahai tgh tunggu graphics la pulak.


Cite weekend, aku buat swissroll buat kali kedua, and sangat happy coz it turned almost perfect dan rasanya tentula la sedap bangat kan hahahhaha. nanti aku update in next entry.



Sunday, akhirnya aku dapat jugak aku gagahkan diri (tu pun DH dah bising2 kat aku) menjenguk kat vege patch aku tu, dah tade rupa vege patch, mcm lalang patch. hihihihihi... nasib la



yang tinggal kat situ masih hidup, adalah keledek. sian pokok2 cili aku sume mati. tanah tak subur kot, and byk gak kerengga datang (sbb vege patch ni agak dekat ngan pokok rambutan dan jambu air). lagi satu tak subur, ye la dah tuan tanah (malas) sibuk sampai lupa nak nyiram. akhirnya masa membersihkan balik patch tu dapat la jugak hasil keledek, walaupun kecik. tapi bila digoreng sedap, manis je

ni la hasil tak seberapa. dah siap aku gorengkan pagi tadi utk breakfast. tu pun sib baik DH dah siap potong2 malam tadi dan simpan dalam peti sejuk (harap aku, mmg terletak la kat itu). eh tapi malam tadi aku rajin sikit, buat popia gulung sosej utk anak2 aku.



ni la rupanya keledek goreng aku, dah nama pun lelaki yang potongnya, takda seni betul. bulat2 die potong, kecik2 lak tu hihihi. tapi sedap je masa ngapppp


ni pulak, kulit popia gulung berinti sosej. senang sangat hihihi, potong sosej ikut saiz korang nak, pastu gulung kan je. aku dpt idea ni masa hari sukan adik, and canteen die jual camni, cuma aku nye dah macam mini popia la pulak. lega breakfast arini lepas, kalau tak aku pening gak ari2 nak buat apa kat abang and adik.


okay la, akku nak mkn dulu, nasi ni hah memangggil dah. lapau beb. till then...aku nak beriak sikit ngan swissroll aku hehehhehehe


wassalam

Wednesday, January 19, 2011

PRS

Abang N semalam masa aku fetch dari taska tu, die ade bagitau, cikgu select die jadi wakil PRS. wah tak sangka aku si abang leh jadi PRS. ye la, die dah la pendiam, pemalu lak tu.

dari setiap kelas, cikgu akan pilih dua orang setiap kelas, so sorang lagi, budak pompuan. aku tanya la, napa cikgu pilih dia, dia kata sebab die setiap hari kemas je. hahahahha. kemas, mmg la dah pak mak nya jaga sume tu. Thanks to DH yg rajin basuh kasut sekolah bbudak tu hari2 dan juga gosok baju hari2. hehehehe. nampak sgt mak diorg tak buat keje sangat.

aku gembira, at least abang ada involve on something. i do really hope dia dpt jadi librarian, tp pun alhamdulillah. bukan apa, aku nak die develop social skill and self confidence level. so smlm, bersemangat die membuat latihan mathsnya.

tak lupa si adik, aku kene puji2 dia juga, sbb si kenit tu pandai kecik hati kalau ade asik abang je. adik...adik. rajin die semalam, tolong simpang barang yg aku beli balik utk di masak. siap nak tolong cuci pinggan.hehehehe.

panic sekejap...

pagi tadi aku agak kelam kabut sikit walaupun aku gerak dari rumah awal dr hari sebelum2 nya.
cam biasa, setelkan bbudak (dgn pertolongan DH juga. DH banyak membantu, byk sgt), aku cium2 suma orang, terus aku pecut kete. ingat sampai awal arini sbb mmg banyak keje ni. smlm dah aku balik awal agak sharp juga la.
sampai je kat cyber, lepas parking bagai, kunci etc, aku turun, cam biasa aku akan tukar dari sandal biasa ke sandal pi keje. tup tup, aku baru perasan, aku lupa tadi nak masukkan sandal keje dlm kete. dushhh, camna la leh lupa. sib baik aku pakai baju kurung, so leh la aku meleretkan kain hihihi and sib baik juga sandal biasa dlm kete tu takla macm selipar jepun, tapi fesyen mmg out la. ye la sandal murah, pasar mlm RM 10. :)
naya betul. smlm aku pakai jeans dan kasut, pagi td kuarkan kasut lupa nak masukkan sandal. amik. opis aku ni mmg dress code sgt best. hari2 nak pakai jeans pun boleh, cuma aku selang seli la ngan baju kurung, abih baju kurung byk tu, bil anak pakai kan.
apa2 hal esok company aku tak cuti. nak amik cuti, tgh byk keje. so DH ngan anak2 je la kat rumah :(

Monday, January 17, 2011

Abang dan Bulan Sabit Merah

Abang in his uniform.

Hari ni masuk minggu ke-3 pesekolahan, aktiviti ko-ku pun dah start untuk murid tahap 2. so abang tidak bekecuali. Actually last week lagi dah start. Dari std 2 lagi aku dan DH dah tanya2 abang apa die nak join for ko-ku and we gave some ideas about the uniform options. And eventually he chose Red Crescent Society. Okay la tu kan. Adik pun maybe nak join this also bila die kat tahap 2. and for sport, abang pilih, chess, as we have advised him. Die minat bola juga, tapi actually every weekend dia ada karate training, so we think so enough outdoor activity, and why don’t join something indoor, so he chose chess, which I strongly support him. Memang dia minat pun, Cuma kat rumah semua pun malas nak play with him. Heheehe apa la mak pak die ni kan

So this morning abang kena pakai uniform dia, cikgu kata. Agak pelik la on Monday kan, tapi dah dia kata cikgu suruh. So ikutkan ja. We went to buy the uni on Saturday. Kat Rawang ni ada satu Kedai, name Kiosk Uniform, senang sangat, semua pun ada kat situ.

Hero sulung aku....

Hero kedua ku ....

dia pun nak bergambar gak tu, bila tengaok aku amik gambar abang. tengok tu kalau breakfast, tak sah samping or baju kena sikit. tu basah tu, kene cuci sikit la tu. belum gi sekolah lagi.

baju bebudak ni hari2 berbasuh dan bergosok, tu yang kalau tak pandai jaga memamg aku angin. macam la aku yang gosok hehehehhee. Thanks DH!!!


akhirnya... dapat juga


Wah, suka betul aku semalam, DH balik dari karate bawa bende yg aku idam2 kan selama ni. Bukan ape sangat pun, bende murah, just that I’ve been delaying in getting one.

Aku kirim kat kakak aku, kak idah, from her friend, bought for me from Cosway. Actually I used to be Cosway member, tapi dah expired and I tak renew lagi (delay lagi). Anak kak idah pun join karate kat rawang tu, so aku suh kak idah pass kan kat DH.

Suka aku. Nak tau ape bende nye? Ni dia….

-
-
-
-
-

masih dalam plastic bag, nampak tak cosway tu :)


tarrrraaaa..... aku baca byk good review pasal the one from cosway, so leh aku cuba kan. harga cuma RM45, with 2 RP. kalau guna RC, byk sikit. camne nak dpt RP / RC, kene jadi ahli and beli barang kat Cosway, baru leh earn RP (Redeem point) or RC (Redeem coupon)


Lepas ni takda alas an la aku nak tangguh2 aku nye experiment mencuba resepi baru. Tapi aku kan mmg ade penyakit bertangguh, errmmm camne nak atasi ek. and benda ni masih dalam kotak kat rumah hihihi

Sebelum ni bila aku nak cuba sesuatu resepi, tgk, Cuma kena sukat, so, terbantut la. Tapi kan actually yg guna sukatan cawan pun aku tangguh je nak buat hahahhahahahha

Okay, wish me luck…

p.s. projek manik pun lama dah terbengkalai…..