Saturday, November 27, 2010

SYUKUR...dah selesai

Salam,
Alhamdulillah, selesai jugak akhir, setelah berhari2 aku berdebar2. apa yang dah selesai? dah khatankan abang dan adik. syukurnya pada Mu ya Allah.


sekarang bebudak ni aku bentang tilam sorang satu, lepak depan tv, letak bantal bbanyak. abang dah tidur dah, adik masih setia tengaok tv. dah selesai aku bagi makan roti = air milo, makan ubat, dan sekarang aku tengah masak bubur nasi daging. diorg breakfast tadi mmg dah mkn banyak, tu masih kenyang. so sempat la aku buat bubur skrg, kalau tak, mmg sian lapa anak2 aku.


kami gi klinik around 9am, sampai asna amik nombor, ramai dah kat klinik. abg dan adik mmula segan nak turun dari kereta, ye la kau, pakai kain pelikat siap2 dari rumah. hahahhaha tau malu


bila die tengok ade budak 2 beradik gak dah siap, baru nak turun. sampai, nurse (nurse ke ek, ermmm, assistant kot) bagi makan ubat dulu, pastu tunggu giliran la. aku dan DH, mmg ajak berborak la, baca paper la, segmen kereta, bola la. berkepuk2 kata2 semangat aku turun kan hahahaha


sampai giliran, around 10 la, tgk2 adik dulu, tekejut aku, sbb ingat abg dulu. dah si adik terus tersengih2 pi masuk bilik, dgn tak sempat aku nak peluk cium manja aku tu :D


pastu abg lak, mmg nangis la dua2 ni, aku kat luar tu, tuhan je yg tau hati aku. hanya doa dan zikir je la. apa2 dah selamat dah. cuma nak kena jaga betul2, harap cepat sembuh. tak sanggup aku nak tgk anak2 aku sakit. tapi aku suka jaga mereka, rasarapat sgt lagi, ye la, hari biasa dah sibuk gi balik keje, masa ngan diorg sgt minimum.


Moga anak2 ibu cepat sembuh ye...


opppss, nak tgk bubur atas dapur tu, tu dah naik bau lada hitam n halia yg aku letak. aku lak yg tak sabau nak makan hehehe

Tuesday, November 16, 2010

mari memasak

salam

arini aku cuti, unplanned. tapi sebab nak menghadiri majlis anugerah kecemerlangan abang and adik, aku paksa diri amik cuti. kang sian pulak kat diorang, tapi tahun lepas pun aku cuti gak :D

sekarang ni aku "curi" sikit update blog, memandangkan lappy ni dah sedia on oleh bbudak tu, aku guna jap. ni baru lepas bersihkan ayam. tadi siap dah aku buat bueberry muffin, ni kali kedua buat, actually selang 2 hari je pun hehehe

esok, ape menu ek. aku plan la, nak masak rendang ayam, kuah lodeh dan sambal daging. aku siap-siapkan bahan dulu , nanti kang senang kan. ayam aku nak goreng sikit, ade orang tak goreng kan ayam utk masak rendang, tapi aku ikut mak aku, the best cook ever! tp mmg, mak aku kalau mask mmg superb... weii sedih lak pulak tak balik raya. oh ya, aku tak balik kampung pun, sbb tak amik cuti extra pun. DH pun. simpan cuti utk bebudak ni nanti bersunat. berdebar2 aku....(aku lak yg lebih ni)

lagi sekali oh ya, aku plan nak mask kuah kacang gak, harap2 menjadi la plan aku. iyelah, mcm2 dalm kepala aku ni nak buat. nak kemas2 lagi, kang dah masak, mesti nak kemas dapur lagi kan. aku mmg rimas lantai dapur melekit2 ni.

oka la, nak sambung ke dapur.

SELAMAT MENYABUT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA. Bagi yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya, drive safe :)

p.s: Tahniah untuk anak2 ibu atas kejayaan kamu berdua.

Sunday, November 14, 2010

SULTAN SELANGOR MURKA

Salam,

itu la tajuk muka depan Utusan semalam. (lambat nak post) :)

aku mmg setuju sangat dengan Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membatalkan hasrat berangkat ke majlis Ulang Tahun Ke-40, Yayasan Selangor yang akan berlangsung esok, ini kerana Baginda murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.

Antara petikan dalam berita itu, "Baginda tidak memperkenankan panganjuran majlis tersebut kerana ia melibatkan kos kewangan terlalu tinggi iaitu lebih RM 300,000 termasuk makan tengah hari yang dianggap pembaziran dan tidak berfaedah."

"Baginda berpendapat wang tersebut lebih berfaedah digunakan untuk pembelajaran dan kebajikan ataupun menbiayai lebih ramai pelajar daripada golongan yang tidak berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan Selangor"

secara peribadi memang aku setuju sangat dengan pendirian Tuanku Sultan Selangor. Betapa Baginda amat mementingkan kebajikan rakyat dari melakukan pembaziran demi untuk nampak gah kan. DAULAT TUANKU!!!

Aku pelik betul kalau majlis2 gomen ni, tang makan, bukan main hebat lagi. berbelanja sesedap rasa. lagi satu kalau majlis2 meraikan anak2 yatim, aku tgk kat tv, (te
ngok la kan, tak sure kalau yang sebenarnya berlainan), anak- anak yatim ni makan pun cam biasa-biasa je, tapi kat meja VIP atau VVIP, siap lengkap meja tu. memamg la nak menghormati tetamu VIP, boleh, tapi yang diraikan adalah anak yatim kan. Wallahualam.

aku kasi korang baca sikit berita pasal Sultan Selangor kat Bernama.


****************************
SHAH ALAM, Nov 12 (Bernama) -- The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has declined to attend a function to commemorate Selangor Foundation's 40th anniversary, State Secretary Datuk Ramli Mahmud said.

He said the Sultan had initially agreed to attend the function with the hope that his presence would inject new spirit for the staff at the foundation and in appreciation of their efforts in helping to improve the performance of students from less fortunate families in the rural areas in Selangor.

"However, the Sultan is shocked and very sad after being informed of the high cost of the function," he told a media conference Friday.
The function was planned to be held on Nov 15 at the Tun Dr Ismail Hostel, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

He said the Sultan had suggested that the foundation organised a lunch, which would be cheaper, instead of a dinner, but it was not heeded by the foundation.
Asked on the cost involved, Ramli said it was more than RM300,000.

The Sultan felt that the money could be put to better use if used for education and the welfare of the less fortunate students which was in line with the vision, mission and objective of the establishment of the Selangor Foundation, he added.


sumber dari: blog Tunkuaisha


***************************************

Moga Tindakan Baginda ini menyedarkan dan membukam mata pihak-pihak berkenaan. DAULAT TUANKU.

Friday, November 12, 2010

Alhamdulillah: Part 1

Syukur aku teramat kepada Allah sebab semalam anak2 bagi berita yang sungguh mengembirakan aku, lebih2 lagi adik tu.

Balik je amik diorg kat taska, cam biasa la, abg dan adik akan berebut2 nak bercakap, sometime diorag tak nak ckp apa2, tapi aku yg sibuk2 banyak bertanya. Actually hari sebelumnya (rabu) adik ada cakap, utk sekolah agama, dia dapat tempat keempat. Aku dengar dan aku berharap berita tu betul, sebab dia kata kawan dia yang bagitau. Bukan apa, aku tak nak anak aku sedih kalau berita tu eventually jadi tak benar kan.

Tup2 semalam, die siap tunjuk lagi kat aku hadiah-hadiah dia dapat. Dia dapat story book and plaque. Napa hadiah-hadiah, sebabnya adik dapat 2 recognition, satu nombor 4 untuk darjah satu dan kedua, dapat hadiah bagi markah tertinggi bagi Akhlak!! Aku tau die dapat akhlak 100, tapi tak sangka dapat hadiah. Alhamdulillah. Gembira aku, bangga pun ada, dia pun sama la. Lagi satu berita, die dapat nombor 4 juga bagi sekolah kebangsaan. Double gembira la aku.

Boleh la adik join abang masa hari penyampaian hadiah selasa depan. Abang sek keb, dapat no 5, tapi keseluruhan kelas darjah 3, die dapat nombor 6. takpe la, kira top ten, and dapat hadiah gak. Lagi satu abg juga dpat hadiah nnt utk math, highest mark among the classes. Tapi utk abg aku tau dah, awal2 cikgu die dah bagitau. Alhamdulillah, abg N setakat ni masih agak konsisten, and dia mmg minat maths. Setakat ni anak2 aku takdak tuisyen lagi, aku and DH ajar kat rumah je. Tapi mmg mencabar betul nak suruh hero2 aku ni buat ulangkaji.

Yg buat aku bertambah-tambah gembira, keputusan adik la. Mmg tak sangka, sampai aku tanya dia berulang2 kali, betul ke dik? Sampai mamat tu tak kuasa nak layan aku hehehehehe. So insya Allah aku akan hadir pada hari penyampaian hadiah next tues. Cuma agak terkilan, tak dapat bersama adik semalam masa penyampaian sekolah agama. Sib baik ada abangnya, bagi sokongan. Napa aku terkejut sbb mid term aritu mmg keputusan dan kedudukan dalam kelas, agak merosot, so aku suruh dia target no 10 to 15 je, ye la tak nak dia stress. Sekali, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

So kekal la bebudak tu kat kelas pertama tahun depan, abang, 4 Utarid and adik 2 Utarid. Utk sekolah agama, abg kekal kelas first, adik, Alhamdulillah, naik semula kelas pertama, Abu Bakar. Sbb mid aritu result jatuh, so die kena pindah kelas Umar (kelas kedua). Actually aku suka dia kat kelas Umar, sbb tak nak dia stress sgt berada dikalangan budak pandai2. budak2 skrg mmg pandai2, aku mak lak terlebih stress hahaha.

Part seterusnya aku upload kan gambar. Semalam jugak aku belikan diorg hadiah, sebagai tanda gembira aku, gi Bookworm book store, adik nuntut nak story book lagi. wpun belum masuk gaji lagi . takpe anak2 punya pasal

Memang rasa bersyukur sangat sebab utk final aku tak menaruh harapan tinggi sangat, sbb exam sek agama dan kebangsaan serentak, dan tau la bebudak tu nak suh buat revision, mak aiiii, darah tinggi mak ni. Thanks to DH gak sebab bantu sama2 ngan revision anak2.


ALHAMDULILLAH!!!


Salam

Wednesday, November 10, 2010

aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

okay, cite ni agak basi dah, sbb aku cadang nak upload lama dah tapi tak terbuat. konon after last post, konon nak buat azam update bolg ni frequent, tapi masih hampeh.

tapi takpe, aku nak upload jugak utk kenangan aku. actually byk sgt lagi yg aku tak upload, cite DH belikan aku hadiah besday, percutian anniversary, kelas yg aku attended, pertandingan karate the kids, hari raya, byk la. mmg aku ni tak layak jadi blogger kot, penyakit malas terlalu tebal :)

Bawah ni adala lauk aku (mood rajin masak) ari sabtu, masa DH and the kids gi karate class. lauk simple je, tp berselera aku anak beranak. aku buat bayam masak lemak kuning, ayam goreng berempah (jadi wooo), sambal tumis sotong sedap (hahahahha) dan telur goreng satu utk adik sbb die tu tak makan sotong.







yang atas tu pulak, aku rajin2 pi buat kek coklat dan aku letak kacang walnut dalam nye. ori resepi takde, tp saja aku pandai2 tambah. buat kek tu sbb DH kata mcm nak balik kampung, so aku apa lagi bergegas kedapur lps die tepon, bersilat buat kek ni. kejap je pun, sbb aku dah byk kali buat kek ni. ye la, niat nak bawak balik kampung sbb aritu besday FIL aku. dan besday MIL pun bulan yg sama. tp tak jadi balik akhirnye, so rezeki anak beranak je.


gambar tengah tu tak guna flash tu nampak coklat betul kaler nye, yg sebijik tu (tp dah kene kerat sikit oleh DH yg tak sabar) tu guna flash.

kek ni aku dah buat byk kali, weekend sblm nye tu (weekend anak aku nak final exam pulak tu), aku buat 4 biji sekali gus, nyumbang member buat kenduri. oka la feedback memberansangkan. cuma gambar aku leta kat sini nampak tak menarik sgt, ye la camera biasa je. DH n anak2 pun suka, n ade gak bawak gi opis, diorg kata sedap. harap la betul hehehhehe


tp mmg sedap bagi aku la, lembut and rasa coklat tu mmg hebat tul. lps ni next project aku nak buat blueberry muffin or buleberry tart. sejak gi belajar aritu tak cuba2 pun lagi. ish ish ish.
ok tanpa, usaha lagi kan.
okay, jumap lagi nest post.
salam