Thursday, December 23, 2010

Kembali bersiaran

Assalamualaikum,

wahh lama giler aku tak letak entry baru, cerita ceriti nya banyak cuma, aku rasa mmg sejak azali aku ni malas nak menulis hehehehe.

selalu je aku blog walking kat blog org lain, tp blog aku terabai. Aku suka "menyinggah" blog2 orang ye la, byk ilmu gak aku dapat, ilmu memasak, ilmu kerenah anak2, cerita2 am.

sejak last update aku tu actually byk je bende nak cerita, aku masih ade "hutang" nak letak kat blog aku ni pasal majlis penyampaian hadiah abg dan adik (apppaa raaa, dah nak start sekolah balik dah hahhahahahha), percutian kitaorg sekeluarga ke Terengganu, kisah sedih berlaku kat Terengganu (bkn pasal aku, tp budak lemas, sedih sgt), kisah anak2 aku bersunat, kisah tgk wayang, aduuh byk bende nak letak kat sini. yela, in future leh aku dan anak2 imbas balik hal diorg kecik2 kan. camna la aku nak dapat rajin cam blogger lain. seronok je aku baca blog diorg.

aku mmg nak letak link2 blog yang wajib aku baca tapi akku kan tak pandai lagi hal2 layout blog ni, bila la nak pandai, kena cari guru. buku beli dah, baca tak sempat (alasaaaannnn :D )

meh aku letak gak la kat sini, blog2 yg aku baca wajib

(1) blog ana suzana
(2) green apple
(3) zalia
(4) rima rashidi
(5) lemongrass

ni antara blog2 yg menceriakan pagi aku, ade banyak lagi dlm list aku . hihihi kau bayangkan betapa aku suka membaca ahakkss. kalau ade yg nak tolong ajar aku create link blog lain, amat la dihargai. hihihi

oh, aku juga ade cite pasal tempahan kek, sungguh tak sangka, ni tadi kawan tu call nak repeat order, aku berdebar je, masa die msg kat gtalk, kot2 la nak komplen, sbb aku berdebar2 gila masa anta kek tu kat rumah die.

alamak, budak procurement baru call kata buku yg aku baru setelkan tu dah comeback from printer utk check. aduhh bosannn, baru nak merewang2. baru nak selak2 gambar kat dlm simpanan aku ni

adios, harap2 la aku rajin nak tulis next entry. tapi mestikan sbb byk cerita tertunda

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum,

Salam Maal HIjrah buat semua umat Islam tak kira dimana berada. semuga di tahun baru ni kita akan berazam untuk memperbaiki diri, ibadah dan juga hubungan sesama manusia.
Semuga kita sentiasa menuju kerah kebaikan, kesejahteraan dan kebaikan dunia akhirat.

arini takde aktiviti apa2 sangat, masak pun yg paling senang. buatkan bebudak tu sup tulang, goreng ayam sikit (cuba2 mkn ayam sikit) dan terung sambal. simple sbbnya aku tak sihat arini. dah la semlm bbudak demam, arini lak badan aku rasa sgt semacam, sejuk je.

tapi sempat lagi aku tanam2 keledek ngan tabur benih sayur kat vege patch, tak sabar nak tgk die tumbuh :D

La ni DH n kids tgh tengok bola kat TV1, Malaysia vs Laos, setakat ni 1-1 abg skrg ni minat sgt tgk bola, aku, malas nak join, so blog walking je la aku.

okay, selamat malam semua!

Saturday, December 4, 2010

tetamu dari Penang

Abang chik dan keluarga dari Penang datang tadi. Abg chik ni abg aku kedua, tp anak no. 4 dlm family. duk Penang, mmg dr bujang dah keje kat Penang.

so mmg macam lipas kudung aku masak tengahari tadi. pagi tadi gak bawak bbudak ni gi clinic, bukak clamp tu. aaahhhh, lega, tapi still kena jaga bbtul dan pantang makan, sampai anu tu betul2 kering dan baik. leceh jugak clamp ni ek.

okay, pasal abng chik tu, la ni diorg baru je keluar jalan2 gi kl. die dtg ngan mak pak mertua dan ipar die. ye la, sekali sekala dtg sini, jalan2 la kan. kalau belah family aku, bukan jenis yg berjalan sgt, diorg suka je melepak sampai borak2. tapi kalau anak2 aku sihat mau gak aku ikut sekali, aku mmg suka berjalan, cuma DH je kureng sikit. tapi rasa bersalah jugak tak dpt ikut abg chik n rombongannye. harap2 die tak sesat. mlm nnt diorg plan nak gi I-city. mmg energetic betul diorg ni hehehhehe

bagus gak diorg gi jenjalan gak, dpt la aku sapau2 rumah, kemas2 balik. kang malam, diorg balik, selesa sikit. abg chik ada 6 org anak, so paham2 je la, sepah tu biasa la kan, bebudak.

aku masak yg paling senang, kari ayam, sambal sotong, goreng pak choy ngan goreng ikan dan goreng ayam. mmg kelam kelibut la. sib baik masa diorg sampai aku dah siap2 kasi makan anak2 aku, kalau tak, tak terlayan anak2 aku. sian plak :D

okay, anak2 aku dah lapar balik, ye la tadi makan awal. adios...

Thursday, December 2, 2010

Vege patch

Salam,

hola, arini turn aku lak amik cuti jaga anak-anak. Thanks angat to DH, sebab sama2 amik cuti jaga. wpun aku keja, hari2 sebelumnya, tapi aku akan masak utk DH dan anak2. so far, bebudak tu okay, good progress, doc pun kata tak bengkak or nanah. sabtu ni jumpa doc lagi untuk buka clamp tu. bak kata adik"ujian satu (khatan) dah lepas, ni ujian kedua pula (buka clamp)n. harap2 la okay dan lancar proses tu nanti. doc suh remdam an hour before process tu, kalau ikut aku, moh ibu bawa kau org gi swimming pool, rendam sungguh2, biar senang nak bukak.

okay, back to the topic, semalam masa kat office DH message, die dah siap kan vege patch untuk aku, biar betul pakcik ni. aku mmg suka nak tanam sayur2an ni, cuma belum ada kekuatan nak buat. tapi sejak baca pasal vege patch dan hal2 tanam sayur ni, makin menjadi2 semangat aku. harap la aku kuat semangat hehehehe. ni aku baca kat blog cik lemongrass, pasal die tanam mcm2 kat vege patch die, betul2 buat aku teruja. cantikkan vege patch die


setakay ni aku baru beli 2 jnis benih sayur, pak choy green dan pak choy (white stem), ala, sawi batang putih tu. aku nak pindah pokok cili padi aku. actually mcm2 aku nak taman, tp vege patgh aku tak la besar sgt, ok la. agak2 kalau aku tanam tomato mcm cik LG, jadik tak kat sini ek. ermmm skrg ni musim hujan kan. nnt aku nak cuba la.

ok, abang dah bangun, aku nak mandikan die dulu, sementara adik tido lagi. mlm tadi diorg dapat la kelonggaran nak tv sampai lewat sikit. cite ice age kat tv2. aku nak join sama kan, tp mmg dah tak sedar dah aku time tu, DH pun sama. budak ni kalau biasa kul 10, aku suh tido dah, no tgk tv sampai lewat2 mlm, maybe sekali sekala, ari jumaat malam, sbb esok nye leh bangun leawat sikit, tak sekolah/ tak yah gi taska

plan for today: nak semai biji benih, pindah pokok cili aku dan kemas rumah. Thanks a million to DH sbb byk jugak dah tolong aku, basuh beranda atas, lantai dapur (basuh tu, aku selalu mop je), kemas laman luar dan mcm2 la keje yg berat2 tu. :D. Thanks bang!!!