Monday, July 18, 2011
Kembali bersiaran
Aduh, lama betul aku senyap sunyi. abis la segala kenangan aku, sebab from my last entry which was april till date, banyak benda yg berlaku. tapi aku ade je la amik gambau2, cuma kalau aku biarkan je, sure dah lupa dah ape yang berlaku kan.
tak tau la, aku ni mmg malas betul nak update blog, amik gambau cam iye2 je. tapi malas nak uplod. aku masih berdoa agar aku rajin untuk uplaod gambar and add fresh entries everyday. untuk kenangan anak2 dan suami di masa akan dtg.
sekarang ni kat opis, sytem down, so tgh2 blog hopping (tengok resepi actually), terasa nak update sendiri. ini la entry nye hihihii
aku ternampak satu resepi, roti lapis daging. mantap betul nampak (tgh posa ni, tp aku kuat semangat hihihi). terus dan2 tu aku salin resepi tu kat buku nota aku. moga Allah bagi aku kekuatan nak buat kat rumah. sbb aku ni kat opis berkobar2 sampai rumah, seluruh anggota cam pakat je, malas, rasa nak lepak je. :D aku kune cuba ni utk anak2, untuk persiapan bulan posa gak actually. ade lagi a few resepi aku salin dari blog tu.
meh tinjau2 blog ni, seronok betul aku tgk org yg rajin masak2 ni. datang semangat aku, dan2 tu, tp hangat2 taik ayam la. ni link aku tengaok resepi roti lapis daging. kredit pada empunya blog DAPUR COMELKU: http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/01/roti-lapis-berdaging.html. nyum nyummm
okay, aku nak sambung tgk2 resepi lagi (tu je rajin aku, cuba malas giler lagi), sementara system masih down ni. hahahaha. esok aku ade lunch date ngan member, ingat nak buat bluberry muffin mlm. aaiiihhhhh, ya Allah muga ngan izin Mu, aku rajin la. amin...
wassalam
Wednesday, April 20, 2011
Live from Gurgaon, India
Assalamualaikum,
aku skrg ni berada kat India office, ni dah hari ketiga. Arrived on last Sunday. Office ni terletak kat cybercity, Gurgaon. cam kitanya cyberjaya la.
memula sampai agak terkejut badak sikit juga, tapi last cam ok la kot. Hotel so far ok, cuma persekitaran kat area hotel tmpt aku duduk tu agak kureng sikit. :)
banyak gambar yg aku amik kat sini, nt la upload. aritu sempat gak jejalan jap kat New Delhi. sibuk betul. satu masalah kat sini, sangat la berabuknye. dan sangat bising, sbb tabiat orang kkat sini kalau memandu, sgt suka tekan hon. mmg kurang aman sikit la. tp aku cam dah lali je setelah bbrp hari kat sini. ceh baru je bbrp hari hahaaha.
oh ya aku kat sini tetiba jadi vegetarian. hahaha. tapi agak senang la jugak nak cari veg food, sbb area sini consider north India, ramai vegetarian.
ok, aku je amik gambar sekitar dari bilik meeting ni. tp tak nampak byk la. tuat atas la tu.
ok, nak sambung keje. patut ade product meeting tapi sbb boss ade meeting lain, lambat sikit start. semalam mmg panas betul discussion, sib baik arini rehat sikit hihihihi. can't wait for friday....India cutiiii yeayyyyyyyy
wassalam
Tuesday, April 5, 2011
aktiviti membersihkan sawang...
ni la hasil tak seberapa. dah siap aku gorengkan pagi tadi utk breakfast. tu pun sib baik DH dah siap potong2 malam tadi dan simpan dalam peti sejuk (harap aku, mmg terletak la kat itu). eh tapi malam tadi aku rajin sikit, buat popia gulung sosej utk anak2 aku.
ni la rupanya keledek goreng aku, dah nama pun lelaki yang potongnya, takda seni betul. bulat2 die potong, kecik2 lak tu hihihi. tapi sedap je masa ngapppp
ni pulak, kulit popia gulung berinti sosej. senang sangat hihihi, potong sosej ikut saiz korang nak, pastu gulung kan je. aku dpt idea ni masa hari sukan adik, and canteen die jual camni, cuma aku nye dah macam mini popia la pulak. lega breakfast arini lepas, kalau tak aku pening gak ari2 nak buat apa kat abang and adik.
okay la, akku nak mkn dulu, nasi ni hah memangggil dah. lapau beb. till then...aku nak beriak sikit ngan swissroll aku hehehhehehe
wassalam
Wednesday, January 19, 2011
PRS
dari setiap kelas, cikgu akan pilih dua orang setiap kelas, so sorang lagi, budak pompuan. aku tanya la, napa cikgu pilih dia, dia kata sebab die setiap hari kemas je. hahahahha. kemas, mmg la dah pak mak nya jaga sume tu. Thanks to DH yg rajin basuh kasut sekolah bbudak tu hari2 dan juga gosok baju hari2. hehehehe. nampak sgt mak diorg tak buat keje sangat.
aku gembira, at least abang ada involve on something. i do really hope dia dpt jadi librarian, tp pun alhamdulillah. bukan apa, aku nak die develop social skill and self confidence level. so smlm, bersemangat die membuat latihan mathsnya.
tak lupa si adik, aku kene puji2 dia juga, sbb si kenit tu pandai kecik hati kalau ade asik abang je. adik...adik. rajin die semalam, tolong simpang barang yg aku beli balik utk di masak. siap nak tolong cuci pinggan.hehehehe.
panic sekejap...
Monday, January 17, 2011
Abang dan Bulan Sabit Merah
Hari ni masuk minggu ke-3 pesekolahan, aktiviti ko-ku pun dah start untuk murid tahap 2. so abang tidak bekecuali. Actually last week lagi dah start. Dari std 2 lagi aku dan DH dah tanya2 abang apa die nak join for ko-ku and we gave some ideas about the uniform options. And eventually he chose Red Crescent Society. Okay la tu kan. Adik pun maybe nak join this also bila die kat tahap 2. and for sport, abang pilih, chess, as we have advised him. Die minat bola juga, tapi actually every weekend dia ada karate training, so we think so enough outdoor activity, and why don’t join something indoor, so he chose chess, which I strongly support him. Memang dia minat pun, Cuma kat rumah semua pun malas nak play with him. Heheehe apa la mak pak die ni kan
So this morning abang kena pakai uniform dia, cikgu kata. Agak pelik la on Monday kan, tapi dah dia kata cikgu suruh. So ikutkan ja. We went to buy the uni on Saturday. Kat Rawang ni ada satu Kedai, name Kiosk Uniform, senang sangat, semua pun ada kat situ.
akhirnya... dapat juga
Wah, suka betul aku semalam, DH balik dari karate bawa bende yg aku idam2 kan selama ni. Bukan ape sangat pun, bende murah, just that I’ve been delaying in getting one.
Aku kirim kat kakak aku, kak idah, from her friend, bought for me from Cosway. Actually I used to be Cosway member, tapi dah expired and I tak renew lagi (delay lagi). Anak kak idah pun join karate kat rawang tu, so aku suh kak idah pass kan kat DH.
Suka aku. Nak tau ape bende nye? Ni dia….
-
-
-
-
-
masih dalam plastic bag, nampak tak cosway tu :)
tarrrraaaa..... aku baca byk good review pasal the one from cosway, so leh aku cuba kan. harga cuma RM45, with 2 RP. kalau guna RC, byk sikit. camne nak dpt RP / RC, kene jadi ahli and beli barang kat Cosway, baru leh earn RP (Redeem point) or RC (Redeem coupon)
Lepas ni takda alas an la aku nak tangguh2 aku nye experiment mencuba resepi baru. Tapi aku kan mmg ade penyakit bertangguh, errmmm camne nak atasi ek. and benda ni masih dalam kotak kat rumah hihihi
Sebelum ni bila aku nak cuba sesuatu resepi, tgk, Cuma kena sukat, so, terbantut la. Tapi kan actually yg guna sukatan cawan pun aku tangguh je nak buat hahahhahahahha
Okay, wish me luck…
p.s. projek manik pun lama dah terbengkalai…..
Wednesday, January 5, 2011
DH kehilangan seorang lagi sahabat baik
aku rasa 2011 bermula dengan suram sekali buat DH. Dia kehilangan 2 orang sahabat baik office dia dua hari berturut2. semalam, kami di kejutkan dengan perginya abg Zubir ke rahmatullah. Hari ni pula, about 9.22 mlm, DH sms, dia kata kawannya abg Badrul telah meninggal dunia. Ya Allah, terkejut aku, sbb dlm sibuk2 uruskan anak2 aku, aku sempat berdoa dlm hati, muga Allah panjangkan umur abg bad.
actually petang tadi, isteri abg bad ada call DH, kata suaminya semakin tenat, dan kak zilah mohon maaf bagi suami nya jika ada salah suaminya. DH mmg nak gi jenguk abg bad kat spital, beliau dah lama kat spital sejak buat operation jantung. abg bad ni ada penyakit buah pinggang yg agak teruk juga.
sekarang pun DH masih kat hospital. jam nak pukul 12 ni. aku risau lak. ye la dah DH tu naik bike, balik malam2. muga Allah lindungi perjalanan balik suami ku. muga DH juga akan tabah. ye la, after arini, bila dia melangkah ke office, aku pasti dia akan rindu sangat ngan kawan2nya tu. Abg zubir adalah teman setia bertukar2 pendapat, kisah suka duka, manakala abg bad pula teman bergurau senda, di saat diorg stress kerja. DH pasti merindui mereka, tapi Allah lebih menyanyangi kawan2 nya. Muga Allah menempatkan kawan2 DH dikalangan orang yang beriman.
oh ya, ni pasal anak2 aku lak, aiiihhh, dlm perjalanan balik kerja tadi, kak mimi sms, mohon maaf sbb adik dan kawannya, haiqal tertinggal kat sekolah. van tak amik. aduh berderau aku. camne la leh jadi camni. makin laju aku pecut, ye la nak cepat sampai. kesian anak aku, tentu dia panic.
bila sampai kat taska, naik angin aku juga la, dah la aku balik lewat sikit sbb byk keje. kelam kabut. mengaruk jugak aku dlm kete. sampai rumah, dlm aku kalut nak solat maghrib (ye la dah agak lewat juga masa tu), papa yus, pakcik van, dtg. die mohon maaf. sejuk hati aku ni. dah ckp2, after dia balik, aku sms sume yg terlibat, aku ok, maybe anak aku pun cuai juga. hanya aku berharap kejadian mcm ni takkan berulang lagi.
rasa bersalah pulak aku pada anak2 aku, seolah2 aku mengabaikan mereka. kan bagus kalau aku boleh hantar dan jemput anak2 sendiri.
tapi bengang aku cam dtg balik (pulakkk) bila tgk fee van naik RM10, dari 140 ke 150 (tgk kad bayaran fee van). aiikk ape kes ni. manusia2....
note buat diri sendiri: banyak yg perlu aku perbaiki, ibadatku, akhlak ku, tutur kata ku. Ya Allah ampunkan lah diri ini. pemergian 2 org sahabat DH benar2 buat aku tersentak dan lebih ingin berada dekat ngan-Nya.
sungguh busy hari ini
ni aku curi mengupdate blog, sementara pages aku tu sedang dicheck. actually aku pun tgh busy gak check balik composed page against the Amendment Act tu. takut aku tertinggal any provision yg patut di pickup.
aku berdoa agar takda la apa2 yang tertinggal. lps ni ngak ngadap SRLP, aduhhh penat, disampang still buat WSRL, WMRL, MEL lagi.
Busy, busy, busy (sempat gak aku ber"muka buku" jap heheehhe)
ok la nak sambung buat checking. ermm mlm ni nak mkn ape ek? alahai tak dpt balik awal nak jemput bbudak tu dari sekolah. kekadang tu cam seronok je dai full time mother ek. mmg masa ngan anak2 dan suami kan. insya Allah, satu hari nanti, buat masa ni ade komitmen besar lagi.
Tuesday, January 4, 2011
terkejut dan sedih bila mendengar.....
arini aku masih bercuti sempena sesi persekolahan 2011 sejak semalam.
semalam mmg aku anta dan jemput abang dan adik dr sekolah, cuma arini diorang akan naik van. just aku nak tgk camna, smooth tak jadual diorang. thn ni abang dan adik berlainan sesi. Alhamdulillah semalam, semuanya okay, yuran setel dah semua, sekolah agama, kitaorg bayarkan untuk setahun terus.
so pagi ni, tgh aku duk sidai kain, sambil download sthg, DH call. die bagitau berita yang buatkan aku terkejut, sedih dan termenung sekejap. Kawan ofis nya, abang Zubir telah kembali ke rahmatullah. Innalillah, berkali2 itu yang aku sebuat. macam tak percaya. walaupun aku hanya jumpa abg zubir tu bbrp kali, tapi DH byk bercerita pasal abg tu. yela member kamcing kat opis, kawan gi solat jumaat bersaama2.
wife abg zubir tu tak bekerja, anak2 pun masih bersekolah lagi, ade yg di IPT. aku tau DH sangat sedih, dr suara die aku tau. die skrg ni aku rasadah ke rumah abg zubir tu. mmg mengejutkan kematiannya sbb takde sakit apa. apa yg DH sempat bgtau, die jatuh kat car porch rumah die. aku tak pernah jumpa wife die, tapi aku rasa sangat sedih bagi wife die.
harap kakak tu kuat semangat. tak dpt aku bayangkan camna die nak teruskan hidup ni kan. sedih nya. abg tu pun baik, mmg kene la ngan DH, diorg satu kepala, satu pendapat, sama taste, ye la keje kat bandar, tp DH dan abg zubir tu jenis selamba je, takde nak ikut life style bandar. masing2 suka spend masa ngan anak isteri dari melepak lps keje, lepak kedai mamak ngan kawan.
Ya Allah, aku bedoa, muga kau cucuri rahmat ke atas roh abang zubir. dan semuga isteri beliau tabah dan kuat semangat untuk meneruskan hidup ni bersama anak2 mereka.
aku masih dlm mode terkejut dan sedih. betapa kita tak tau bila kah masa kita pulak kan. hanya Allah maha mengetahui dan berkuasa.
aku juga berharap, DH dalam menerima hakikat ni, aku tau die pasti berasa sangat sedih.
wassalam
Saturday, January 1, 2011
Goodbye 2010 Welcome 2011
SELAMAT TAHUN BARU semua!!!!! semuga tahun baru ni memberi sinaran baru, semuga 2011 bermula dengan penuh keberkatan dari Allah, kebahagiaan dan dimurahkan rezeki.
aku tak tau napa aku tak leh tido mlm ni. baru je sat ni meriah dengar bunga api dan suara org bersorak. selalu waktu ni aku dah lena ke mana dah, tp mlm ni susah pulak nak tido, walhal siang tadi aku keje.
company aku cuti, tapi aku terpaksa masuk opis gak, sian DH and anak2. SRL tak siap lagi. tapi tadi dah siap dah, cuma tinggal checking je esok (hah? esok? ye aku akan keje lagi esok). nat buat camne kan, clearing hari rabu, tp isnin dan selasa aku cuti. kejap je dah nak bukak sekolah balik.
ok la aku nak cuba tido la. night!
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!