Friday, November 12, 2010

Alhamdulillah: Part 1

Syukur aku teramat kepada Allah sebab semalam anak2 bagi berita yang sungguh mengembirakan aku, lebih2 lagi adik tu.

Balik je amik diorg kat taska, cam biasa la, abg dan adik akan berebut2 nak bercakap, sometime diorag tak nak ckp apa2, tapi aku yg sibuk2 banyak bertanya. Actually hari sebelumnya (rabu) adik ada cakap, utk sekolah agama, dia dapat tempat keempat. Aku dengar dan aku berharap berita tu betul, sebab dia kata kawan dia yang bagitau. Bukan apa, aku tak nak anak aku sedih kalau berita tu eventually jadi tak benar kan.

Tup2 semalam, die siap tunjuk lagi kat aku hadiah-hadiah dia dapat. Dia dapat story book and plaque. Napa hadiah-hadiah, sebabnya adik dapat 2 recognition, satu nombor 4 untuk darjah satu dan kedua, dapat hadiah bagi markah tertinggi bagi Akhlak!! Aku tau die dapat akhlak 100, tapi tak sangka dapat hadiah. Alhamdulillah. Gembira aku, bangga pun ada, dia pun sama la. Lagi satu berita, die dapat nombor 4 juga bagi sekolah kebangsaan. Double gembira la aku.

Boleh la adik join abang masa hari penyampaian hadiah selasa depan. Abang sek keb, dapat no 5, tapi keseluruhan kelas darjah 3, die dapat nombor 6. takpe la, kira top ten, and dapat hadiah gak. Lagi satu abg juga dpat hadiah nnt utk math, highest mark among the classes. Tapi utk abg aku tau dah, awal2 cikgu die dah bagitau. Alhamdulillah, abg N setakat ni masih agak konsisten, and dia mmg minat maths. Setakat ni anak2 aku takdak tuisyen lagi, aku and DH ajar kat rumah je. Tapi mmg mencabar betul nak suruh hero2 aku ni buat ulangkaji.

Yg buat aku bertambah-tambah gembira, keputusan adik la. Mmg tak sangka, sampai aku tanya dia berulang2 kali, betul ke dik? Sampai mamat tu tak kuasa nak layan aku hehehehehe. So insya Allah aku akan hadir pada hari penyampaian hadiah next tues. Cuma agak terkilan, tak dapat bersama adik semalam masa penyampaian sekolah agama. Sib baik ada abangnya, bagi sokongan. Napa aku terkejut sbb mid term aritu mmg keputusan dan kedudukan dalam kelas, agak merosot, so aku suruh dia target no 10 to 15 je, ye la tak nak dia stress. Sekali, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

So kekal la bebudak tu kat kelas pertama tahun depan, abang, 4 Utarid and adik 2 Utarid. Utk sekolah agama, abg kekal kelas first, adik, Alhamdulillah, naik semula kelas pertama, Abu Bakar. Sbb mid aritu result jatuh, so die kena pindah kelas Umar (kelas kedua). Actually aku suka dia kat kelas Umar, sbb tak nak dia stress sgt berada dikalangan budak pandai2. budak2 skrg mmg pandai2, aku mak lak terlebih stress hahaha.

Part seterusnya aku upload kan gambar. Semalam jugak aku belikan diorg hadiah, sebagai tanda gembira aku, gi Bookworm book store, adik nuntut nak story book lagi. wpun belum masuk gaji lagi . takpe anak2 punya pasal

Memang rasa bersyukur sangat sebab utk final aku tak menaruh harapan tinggi sangat, sbb exam sek agama dan kebangsaan serentak, dan tau la bebudak tu nak suh buat revision, mak aiiii, darah tinggi mak ni. Thanks to DH gak sebab bantu sama2 ngan revision anak2.


ALHAMDULILLAH!!!


Salam

No comments:

Post a Comment