Tuesday, January 4, 2011

terkejut dan sedih bila mendengar.....

Salam,

arini aku masih bercuti sempena sesi persekolahan 2011 sejak semalam.

semalam mmg aku anta dan jemput abang dan adik dr sekolah, cuma arini diorang akan naik van. just aku nak tgk camna, smooth tak jadual diorang. thn ni abang dan adik berlainan sesi. Alhamdulillah semalam, semuanya okay, yuran setel dah semua, sekolah agama, kitaorg bayarkan untuk setahun terus.

so pagi ni, tgh aku duk sidai kain, sambil download sthg, DH call. die bagitau berita yang buatkan aku terkejut, sedih dan termenung sekejap. Kawan ofis nya, abang Zubir telah kembali ke rahmatullah. Innalillah, berkali2 itu yang aku sebuat. macam tak percaya. walaupun aku hanya jumpa abg zubir tu bbrp kali, tapi DH byk bercerita pasal abg tu. yela member kamcing kat opis, kawan gi solat jumaat bersaama2.

wife abg zubir tu tak bekerja, anak2 pun masih bersekolah lagi, ade yg di IPT. aku tau DH sangat sedih, dr suara die aku tau. die skrg ni aku rasadah ke rumah abg zubir tu. mmg mengejutkan kematiannya sbb takde sakit apa. apa yg DH sempat bgtau, die jatuh kat car porch rumah die. aku tak pernah jumpa wife die, tapi aku rasa sangat sedih bagi wife die.

harap kakak tu kuat semangat. tak dpt aku bayangkan camna die nak teruskan hidup ni kan. sedih nya. abg tu pun baik, mmg kene la ngan DH, diorg satu kepala, satu pendapat, sama taste, ye la keje kat bandar, tp DH dan abg zubir tu jenis selamba je, takde nak ikut life style bandar. masing2 suka spend masa ngan anak isteri dari melepak lps keje, lepak kedai mamak ngan kawan.

Ya Allah, aku bedoa, muga kau cucuri rahmat ke atas roh abang zubir. dan semuga isteri beliau tabah dan kuat semangat untuk meneruskan hidup ni bersama anak2 mereka.

aku masih dlm mode terkejut dan sedih. betapa kita tak tau bila kah masa kita pulak kan. hanya Allah maha mengetahui dan berkuasa.

aku juga berharap, DH dalam menerima hakikat ni, aku tau die pasti berasa sangat sedih.

wassalam

No comments:

Post a Comment